• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parti Amanah Nafi Tolak Undang-Undang Hudud

oleh Ahmad Albab
31/12/2015
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) menafikan parti itu menolak undang-undang hudud walaupun menyertai DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pakatan Harapan.

Naib Presiden PAN, Hasanuddin Mohd. Yunus mendakwa, terdapat cubaan pihak tertentu untuk memaparkan dalam kalangan masyarakat kononnya parti tersebut menolak hudud.

“Ada pula percubaan untuk paparkan yang PAN sebagai penolak hudud.

“Sedangkan parti ini terus berusaha gigih berjuang untuk meletakkan Islam yang sarat dengan keadilan, rahmah, kesatuan, kebebasan, keindahan, ketenangan kebahgiaan dan kebajikan di puncak paling tinggi sebagai “ustaziatul alam”,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

DAP pada tahun ini memutuskan kerjasama dengan PAS kerana membantah cadangan PAS mahu melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.

Situasi itu seterusnya membawa kepada perpecahan Pakatan Rakyat pada Ogos lalu.

Bekas pemimpin PAS pro Pakatan Rakyat kemudian menubuhkan PAN untuk menyertai PKR dan DAP dalam Pakatan Harapan.

Hasanuddin dalam pada itu menafikan pandangan ramai pihak PAN sebuah parti politik tunggangan DAP.

Beliau seterusnya menuduh terdapat golongan agamawan dan lebai yang terpedaya dengan strategi halus UMNO mendekati golongan itu sejak kebelakangan ini.

Hasanuddin turut menuduh orang Melayu yang menyokong laungan agenda Melayu adalah Melayu yang cemburu kepada kejayaan kaum lain di negara ini. – mynewshub.cc

Tags: HududPAN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

McDonald Next Kini Di Hong Kong, Malaysia Bila Lagi?

Next Post

PAS Gembira Anak Muhd Riduan Kekal Islam

Related Posts

Pendekatan Hudud Di Malaysia Berbeza

31/03/2019
0

KUALA LUMPUR – Pendekatan pelaksanaan hudud di Malaysia tidak sama seperti Brunei berdasarkan kandungan Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang...

PAN Turut Tolak Iktiraf ICERD

13/11/2018
0

SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (PAN) menolak cadangan untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD)...

Next Post

PAS Gembira Anak Muhd Riduan Kekal Islam

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd