• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Kesan Pelajar Hilang Di Setiu Diperluas

oleh Ahmad Albab
23/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIU – Radius operasi mencari dan mengesan (SAR) seorang remaja yang hilang ketika bermain air bersama rakannya di Pantai Rhu Sepuluh Isnin lalu diperluaskan pada jarak lima kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Ketua Polis Daerah Setiu DSP Elias Abu Bakar berkata operasi pencarian yang memasuki hari ketiga itu dibantu unit udara pasukan polis serta 90 kekuatan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Pertahan Awam (JPAM) termasuk nelayan dan penduduk tempatan.

“Selain melakukan rondaan di laut kita juga meneruskan operasi mengesan mangsa di sepanjang pesisir pantai dan hari ini kita menggunakan unit udara bagi mengesan mangsa.

“Jadi kami memperluaskan kawasan pencarian merangkumi kawasan darat dan laut kerana dikhuatiri mangsa dihanyutkan arus dan terdampar di pesisir pantai,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Isnin lalu dua pelajar berasal dari Johor yang sedang mengikuti program keagamaan bersempena cuti sekolah, di Masjid Kampung Banggol, Setiu hilang ketika bermain air di Pantai Penarik Setiu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, seorang lagi rakan mereka Ahmad Izad Shahruddin, 17, berjaya diselamatkan orang ramai manakala seorang lagi rakannya Muhamad Naim Adnan ditemui lemas pagi semalam.

Mayat Muhamad Naim ditemui terapung kira-kira pukul 11.45 pagi semalam oleh pasukan mencari dan menyelamat manakala mangsa Muhammad Wafiq Mohd Noor, 17, masih hilang.

Elias berkata walaupun rondaan di laut tidak dilakukan pada waktu malam namun pihaknya bersama agensi keselamatan laut mempertingkatkan operasi pencarian di pesisir pantai pada waktu malam.

Beliau berkata pihaknya telah memaklumkan kepada nelayan agar memaklumkan kepada pihak berkuasa sekiranya ternampak objek mencurigakan di tengah laut.- BERNAMA

[wpdevart_youtube]WzFn2QjGK8A[/wpdevart_youtube]

Tags: lemas
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

05/03/2026
0

IPOH – Misteri kehilangan seorang lelaki selepas dipercayai terjatuh di Empangan Sultan Azlan Shah pada 27 Februari lalu akhirnya terungkai...

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

12/01/2026
0

Tragedi Di Sungai Kedondong Jadi Amaran Keras Kepada Orang Awam IPOH – Seorang lelaki berbangsa India berusia lingkungan 20-an disahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd