• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NGO Persoal Tindakan Lajim Pertahan Nurul Izzah

oleh Ahmad Albab
06/12/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Pakatan Badan Bukan Kerajaan Pro Barisan Nasional mempersoal tindakan Pengerusi PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin yang mempertahankan pertemuan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dengan Jacel H. Kiram.

Presidennya, Zulkarnain Mahdar berkata bagaimana mungkin Lajim dan wakil rakyat PKR serta DAP sanggup untuk terus mempertahankan tindakan Nurul Izzah sedangkan naib presiden mereka itu sendiri telah mengakui kesilapannya.

“Di manakah rasa kecintaan Lajim, wakil rakyat PKR dan DAP terhadap bumi Sabah serta anggota keluarga perajurit yang telah terkorban? (ketika insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu pada 2013),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Zulkarnain turut melahirkan kekecewaan terhadap tindakan Lajim itu lebih-lebih lagi apabila Anggota Dewan Undangan Negeri Klias itu menyifatkan pertemuan antara Nurul Izzah dan Jacel bukanlah satu kesalahan besar.

Pada 9 November lepas, tersebar gambar Nurul Izzah bersama Jacel, anak perempuan bekas ketua pengganas kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III.

Zulkarnain berkata Lajim juga dilihat cuba memutarbelitkan fakta untuk mengendurkan kemarahan rakyat terhadap Nurul Izzah dan seorang lagi Naib Presiden PKR yang juga Anggota Parlimen Batu, Tian Chua.

Namun, beliau percaya tindakan Lajim itu tidak mungkin berjaya kerana rakyat Sabah cukup bijak menilai pertemuan tersebut adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan. – BERNAMA

Tags: NGONurul Izzah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengecualian Cecair Vape Daripada Senarai Racun: Semakan Kehakiman 3 NGO Diputuskan 15 Mei Ini

Pengecualian Cecair Vape Daripada Senarai Racun: Semakan Kehakiman 3 NGO Diputuskan 15 Mei Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 15 Mei ini untuk memutuskan permohonan semakan kehakiman tiga badan bukan...

Jenazah Lelaki 420kg: Bomba, NGO Tawar Bantuan

Jenazah Lelaki 420kg: Bomba, NGO Tawar Bantuan

15/12/2024
0

KOTA BHARU : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan sedia membantu keluarga menguruskan jenazah lelaki dengan berat 420 kilogram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd