• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Telah Melampaui Batasan – Tengku Adnan

oleh Ahmad Albab
08/12/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat telah melampaui batasan ketika berucap di Kampung Baru semalam dan beliau boleh hilang jawatan parti akibat perbuatan itu.

“Saya meneliti (video) ucapan dari jam 2 hingga 3 pagi ini bersama kakitangan saya. Pastinya, berdasarkan perlembagaan dan etika parti kita, beliau sudah melampaui batasan.

“Saya masih meneliti perkara ini dan akan menyerahkannya kepada jawatankuasa khas UMNO yang akan mengemukakannya kepada Lembaga Disiplin untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita ketika ditanya sama ada Muhyiddin akan dipecat sebagai timbalan presiden UMNO disebabkan ucapan beliau di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru semalam.

“Saya tidak tahu. Beliau mungkin hilang jawatannya. Ia bergantung kepada keputusan Lembaga Disiplin.”

Tengku Adnan bercakap kepada pemberita selepas melancarkan program ADINDA, insitiatif terbaharu Pergerakan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.

Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, berkata Muhyiddin sedia maklum mengenai apa yang tertera dalam perlembagaan parti.

“Dia sendiri tahu dan setuju yang mana kita semua sudah sepakat bahawa apa-apa masalah parti, bincang dalam parti, bukan cerita di luar. Ini semua cerita luar, mana boleh.

“Rahsia parti, kekuatan parti, jangan cerita luar, ini sesama kita sahajalah.

“Saya sendiri dah cakap semalam, jangan melampaui batasan. Anda boleh berucap tetapi jangan melampaui batasan,” katanya.

Tengku Adnan berkata beliau berasa sedih. “Pertanyaan demi pertanyaan, akhirnya pada kesudahannya, nak minta Presiden letak jawatan. Ini memang gila. Barangkali gila kuasa.”

Semalam, Muhyiddin menghadiri majlis ‘Bersama Timbalan Presiden UMNO’ di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru untuk menyampaikan ucapannya setelah beliau tidak dibenarkan membuat ucapan perasmian ketiga-tiga sayap parti dalam Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang bermula hari ini.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. – BERNAMA

Tags: Tengku Adnan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Rasuah Tengku Adnan: PH Kecewa Keputusan Peguam Negara

22/11/2021
0

KUALA LUMPUR : Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menyatakan rasa terkejut dan kecewa susulan keputusan Peguam Negara yang membatalkan rayuan...

Ku Nan Cuti Sakit, Prosiding Bela Diri Tangguh

20/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Prosiding membela diri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap pertuduhan menerima suapan RM2 juta daripada seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd