IANYA adalah satu mimpi ngeri buat seorang wartawan sukan, bukan disebabkan dia terserempak dengan `hantu’ sebaliknya kerana dia datang kerja pada syif 4 pagi sedangkan hari berkenaan adalah hari cutinya.
Kesilapan yang dilakukan oleh Ian Abrahams yang dikenali sebagai The Moose itu telah dirakam dan dikongsikan dalam media sosial oleh rakannya Alan Brazil.
Ian telah menjadi wartawan sukan selama 24 tahun dan bertugas di stesen radio TalkSPORT.
Dalam video itu, ia menunjukkan Ian berjalan masuk ke dalam pejabatnya sebelum dimaklumkan dia tidak bertugas pada hari berkenaan.
Ian kemudiannya menyatakan hari itu adalah Isnin 23 November, namun seorang rakan setugasnya memberitahu tarikh sebenar adalah Isnin, 30 November.
Ian kemudiannya telah memuat naik tweet kepada rakan setugasnya : “Terima kasih kerana merakamkan detik yang memalukan itu.”

