• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka Pantau Perkembangan Badrul Hisyam

oleh Ahmad Albab
02/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan Melaka akan memantau secara dekat perkembangan atlet olahraga remaja negara, Badrul Hisyam Abdul Manap bagi memastikan anak jati Melaka itu menjadi pelari pecut terbaik Malaysia pada masa akan datang, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata kerajaan negeri tidak mahu pelari berasal dari Kampung Batu Gajah, Merlimau, Jasin dekat sini, terpengaruh dengan mana-mana pihak yang mungkin memberi pandangan atau nasihat yang tidak sepatutnya kepada pelari muda itu.

Justeru, katanya kerajaan negeri mengarahkan Exco Kesihatan dan Pembangunan Sukan Melaka, Datuk Ab Rahaman Ab Karim memantau perkembangan Badrul Hisyam dalam memastikan atlet itu mendapat sokongan sepatutnya bagi menjadi pelari pecut yang disegani.

“Kita tidak mahu mensia-siakan bakat beliau dan kita akan memerhati Badrul dengan lebih dekat dan kita merancang untuk bantu meningkatkan prestasinya, kita akan terus memberi sokongan kepada beliau,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Melaka di sini hari ini.

Badrul Hisyam melakar sejarah memadam rekod 17 tahun acara 100 meter milik Watson Nyambek dengan catatan 10.29s, 0.01 saat lebih pantas daripada rekod milik Watson, di Kejohanan Sukan Sekolah ASEAN 2015 di Brunei pada 23 Nov. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]gA_8OyKH7Ww[/wpdevart_youtube]

Tags: Badrul Hisyam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Saingan 100M Lelaki Tanpa Kelibat Badrul Hisyam

17/09/2018
0

IPOH – Saingan acara 100 meter lelaki peringkat separuh akhir Sukan Malaysia (SSUKMA) 2018 yang berlangsung di Stadium Perak, hari...

KOM Sah Tak Iktiraf Rekod 10.29s Milik Badrul Hisyam

27/01/2016
0

KUALA LUMPUR - Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) memutuskan bahawa catatan masa 10.29s dalam acara 100m yang dilakukan Badrul Hisyam Abdul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd