• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Bantu Australia Tangani Keganasan – Zahid Hamidi

oleh Ahmad Albab
07/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia, yang berpengalaman menangani keganasan ancaman komunis dan golongan ekstremis agama, akan menghantar pakar berkaitan ke Australia Februari depan, bagi membantu negara itu menangani masalah keganasan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pakar berkenaan adalah daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penjara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pensyarah universiti, katanya.

Beliau berkata Australia sebagai bukan negara Islam berhadapan dengan beberapa masalah keganasan seperti yang dicetuskan penduduk yang datang dari Timur Tengah (Asia Barat) dan imigran lain.

“Atas pengalaman menghadapi keganasan dari ancaman komunis dan golongan ekstremis agama…kita menawarkan untuk menghantar pakar ke negara itu bagi mengadakan training-of-trainers (ToT).

“Melalui ToT juga Malaysia akan memberikan pengalaman dari acuan pemulihan yang dilakukan di sini untuk dilaksanakan di Australia,” katanya.

Ahmad Zahid bercakap dalam sidang media selepas menerima kunjungan Menteri Perundangan yang juga menteri penasihat kepada perdana menteri Australia Michael Keenan di pejabatnya di sini, Isnin.

Ahmad Zahid dalam pada itu berkata Malaysia-Australia bertekad memperkukuh lagi kerjasama dan jawatankuasa dalam bidang keselamatan.

Ini akan dilakukan menerusi platform Mesyuarat Kerjasama Dalam Menangani Jenayah Rentas Sempadan dan Mesyuarat Kerjasama Dalam Menangani Ancaman Keganasan.

Ini bagi membolehkan maklumat dari kedua-dua negara dikongsi untuk mengatasi masalah itu, katanya. – BERNAMA

Tags: AustraliaZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd