• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Khas Bicarakan Kes Militan Akan Diwujud

oleh Ahmad Albab
22/12/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebuah mahkamah khas untuk membicarakan kes dan individu yang dikaitkan dengan kumpulan militan atau pengganas akan diwujudkan bagi menangani isu itu yang kini menjadi ancaman di seluruh dunia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata beliau telah mengarahkan ketua hakim negara untuk melaksanakan mahkamah itu.

“Kalau nak bersidang malam pun tak apa, janji orang ni (militan) jangan buat jahat, angkara (yang boleh) menyebabkan ramai orang terkorban di Malaysia. Apa dah jadi di Tunisia, Sharm el-Sheikh (di Mesir), Paris… macam-macam,” kata presiden UMNO ketika menggulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Beliau berkata ketika ini Malaysia terselamat daripada serangan pengganas kerana kecekapan dan ketegasan kerajaan dalam tindakan bagi mengelakkan kejadian seperti itu.

“IS (Kumpulan pengganas Daesh) ini dahsyat. Kita dah tangkap 130 orang kita (rakyat Malaysia). Baru-baru ni (yang ditangkap) baru balik Syria, ada pakar buat bom… jadi jaga sikit.

“Kita (Malaysia) tak jadi sesuatu (serangan pengganas) sebab kita cekup sebelum dia sempat buat sesuatu. Jadi jangan apologetik,” katanya.

Perdana Menteri menyerahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mengambil tindakan dalam isu itu.

“Isu keselamatan ini terserah kepada Zahid dan Hisham. Ceritalah habis-habisan tentang ancaman ini,” katanya.

Selain itu, Najib berkata soal keselamatan di Sabah juga akan diberi tumpuan oleh kerajaan.

Pada Februari 2013, kumpulan penceroboh dari selatan Filipina memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Insiden itu menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera manakala 12 penceroboh bersenjata terbunuh.

Selain itu, enam lagi anggota polis turut terkorban dalam serangan hendap di perkampungan air Kampung Simunul, Semporna manakala dua anggota tentera turut terbunuh bertempur dan dalam kemalangan operasi di Lahad Datu.

Susulan peristiwa serangan itu, kerajaan mengumumkan penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu.

Ini disusuli dengan penubuhan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) sebagai landasan perundangan kepada ESSCOM. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]JlkefO9VF0Q[/wpdevart_youtube]

Tags: Militan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Polis Sentiasa Pantau Bekas Militan, Anggota Terancang

Polis Sentiasa Pantau Bekas Militan, Anggota Terancang

18/05/2024
0

JOHOR BAHRU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan tahap keselamatan terkawal dengan pemantauan sentiasa dilakukan ke atas bekas anggota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd