• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahfuz Akui Melayu Kembali Bersatu Jika PAS-UMNO Kerjasama

oleh AK-47
12/12/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemimpin PAS, Datuk Mahfuz Omar mengakui orang Melayu akan kembali bersatu sekiranya PAS menerima jalinan kerjasama dengan UMNO seperti yang disebut Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Beliau berkata, kerjasama PAS dengan UMNO akan memberi kelebihan kepada UMNO dan PAS kerana kaum Melayu di kedua-dua belah parti akan kembali menyokong sesama mereka.

“Najib sudah dapat membaca dan berusaha untuk menjadikan perpecahan undi Melayu hanya tinggal pada dua kelompok sahaja iaitu Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (BN).

“Inilah lontaran hasrat kerjasama dengan PAS di sebalik kalimah Silaturrahim. Najib juga mengharapkan jika kerjasama ini menjadi kenyataan, UMNO akan mendapat limpahan sokongan undi melayu daripada PAS.

“Dan PAS juga akan mendapat limpahan sokongan undi Melayu daripada UMNO,” katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.

Menurut Mahfuz, adalah mustahil PAS akan menyertai Pakatan Harapan kerana ketegangan politik PAS dengan DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) sukar untuk diredakan.

Ia tetap mustahil walaupun Parti Keadilan Rakyat (PKR) berusaha memujuk PAS. Justeru, beliau melahirkan rasa kesal kerana pemimpin atasan PAS enggan menyertai Pakatan Harapan.

Najib dalam Perhimpunan Agung UMNO 2015 pada Khamis menegaskan parti itu bersedia menghulurkan ukhuwah dengan PAS demi perpaduan agama Islam dan bangsa Melayu.

Lucunya, kenyataan itu mendapat kecaman teruk beberapa pemimpin Pakatan Harapan dengan mendakwa kononnya kerjasama itu berbaur perkauman demi ketuanan Melayu. – Agensi/Mynewshub.cc

Tags: Mahfuz Omar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pelbagai Usaha Dilaksanakan Bagi Hapus Siput Gondang

Next Post

DAP Dakwa Konon Tidak Mahu Cina Kawal Melayu

Related Posts

Sanusi Mohon Maaf Kepada Mahfuz

Sanusi Mohon Maaf Kepada Mahfuz

19/05/2023
0

SHAH ALAM - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membuat permohonan maaf kepada Naib Presiden Parti Amanah...

Sanusi Diarah Bayar RM120,000 Kepada Mahfuz

Sanusi Diarah Bayar RM120,000 Kepada Mahfuz

03/04/2023
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini, mengarahkan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, membayar ganti rugi RM120,000 kepada bekas Ahli...

Next Post

DAP Dakwa Konon Tidak Mahu Cina Kawal Melayu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd