• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Tergemuk Di Dunia Maut Akibat Serangan Jantung

oleh AK-47
26/12/2015
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANDRES Moreno Sepulveda yang merupakan lelaki paling gemuk atau obes di dunia meninggal dunia semalam. Dia yang berusia 38 tahun menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika dalam perjalanan ke hospital.

Mendiang Moreno yang mencecah 444 kilogram meninggal dunia di kota kelahirannya iaitu di Ciudad Obregon di selatan negeri Sonora yang terletak di Mexico pada pukul 8.30 pagi.

Berita kematiannya disahkan oleh pegawai perhubungan awamnya iaitu Carmen Palacios. Moreno dilaporkan meninggal dunia kerana mengalami serangan jantung.

Bulan lalu, bintang bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo tampil memberikan semangat kepadanya dengan menghadiahkannya sehelai baju jersi.

Beliau turut memberikan inspirasi dan motivasi kepadanya untuk mengurangkan berat badannya yang berlebihan itu.

Mendiang Moreno sebelum ini pernah menjalani pembedahan bagi mengurangkan berat badan pada Oktober lepas.

Dia sememangnya sudah menunjukkan perkembangan yang baik serta mampu untuk membersihkan dirinya sendiri dan memakai pakaian.

Dia yang dilahirkan dengan berat yang luar biasa iaitu 5.9 kilogram, juga membesar dalam keadaan yang ‘sihat.’ Sewaktu usianya 10 tahun, berat badannya mencecah 76 kilogram.

Doktor bedahnya, Jose Castaneda berkata pasukan mereka berdepan dengan cabaran yang besar kerana ini merupakan kali pertama mereka mengendalikan pesakit seberat mendiang Moreno.

Selain itu, selepas pembedahannya Oktober lalu, dia sering dipantau oleh pasukan perubatan di sana.

Mendiang Moreno akan dikebumikan pada hari ini (Sabtu) di Sonora. – Sumber: Astro Awani

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=T8VpdCPvWFA&w=560&h=315]

Tags: Andres Moreno SepulvedagemukObes
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

Isteri Gemuk Punca Sukar Dapat Zuriat?

09/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Isteri yang gemuk dan kekurangan kepada lelaki menjadi salah satu punca pasangan di negara ini sukar mendapat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd