Setiap pagi Kanai Das akan berjalan menuju ke stesen keretapi untuk menunggu orang ramai yang menggunakan perkhidmatan berkenaan bagi memberikan wang kepadanya.
Kanai yang berasal dari Baruipur, India, ini bukannya pengemis sebaliknya dia yang dikenali sebagai `lelaki gajah’ oleh penduduk setempat akan diberikan wang, sebagai penghormatan.
Bagaimanapun Kanai tidak mempunyai belalai seperti gajah sebaliknya dia menghidap penyakit neurofibromatosis yang menyebabkan mukanya ditumbuhi kulit lebih di dari bahagian muka ke dada.
Mata kirinya juga tidak kelihatan akibat kulit berlebihan itu.
Keadaan itu menyebabkan dia tidak boleh bercakap atau berjalan dengan sempurna dan sentiasa memerlukan ubat.
“Saya tidak mahu menjadi peminta sedekah tetapi saya tidak ada cara lain untuk mendapatkan wang bagi menjaga ibu saya.
“Saya pernah melihat dengan kedua-dua mata saya tetapi mata kiri saya telah hilang,’’ katanya.
Kanai kini berharap agar dapat menjalani pembedahan.