• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagi Insiden ‘Dalam Troli Ada Anjing’ Di Pasar Raya Tesco

oleh AK-47
09/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMPAK gaya, pihak pengurusan Tesco seperti tidak ambil pengajaran dengan isu sebelum ini yang menimbulkan kemarahan orang ramai berikutan insiden ‘anjing dalam troli’ di cawangan Plentong, Johor beberapa bulan lalu.

Kini sebuah lagi kejadian sama dilaporkan berlaku di salah satu cawangan pasar raya berkenaan di Ipoh, Perak baru-baru sekali gus mencetuskan suasana kurang senang umat Islam tempatan yang banyak bertolak ansur.

Menerusi sebuah kiriman gambar yang diterima kami, seorang wanita Cina dirakam selamba membawa seekor anjing peliharaannya malah ‘diangkut’ di dalam troli di pasar raya Tesco Extra, Taman Medan baru-baru ini.

Baca: Anjing Kencing Dalam Tesco, 500 Troli Terpaksa Disamak

Juga: Lagi Isu Letak Anjing Dalam Troli, Kali Ini Di KLIA

tesco anjing

tesco anjing1 (1)

Tidak dinyatakan bilakah tarikh dan apa-apa maklumat lanjut berkenaan gambar tersebut, namun menurut pengirim, kejadian dikatakan baharu sahaja berlaku pada awal minggu ini.

Perkara ini secara tidak langsungnya membuatkan orang ramai mempersoalkan ‘janji’ yang diumumkan Tesco berhubung permohonan maaf mereka sebelum ini yang mengatakan tiada perkara serupa berulang lagi.

Nampaknya ia hanyalah janji-janji manis sahaja demi memastikan pelanggan beragama Islam tidak melancarkan boikot ke atas pasar raya tersebut.

Apakah pihak Tesco mahu rakyat Malaysia khususnya umat Islam melancarkan pemulauan terhadap pasar raya terbabit maka baharulah mereka terhegeh-hegeh mahu bertindak tegas?

Serta pada kaum Cina yang cuba ‘buat-buat tidak faham’ dengan sensitiviti umat Islam, diharap berfikir banyak kali sebelum melakukan provokasi sebegini agar ketenteraman negara dapat dijaga.

Bak kata pepatah Melayu, ‘jangan dikejut harimau yang sedang tidur…, binasa akibatnya nanti. – MYNEWSHUB.CC

Tags: anjingpasarayatesco
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Perikatan Nasional (PN) kini...

‘Saya Sudah Agak Tuduhan Ini Akan Dilemparkan’ 

‘Saya Sudah Agak Tuduhan Ini Akan Dilemparkan’ 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan memaklumkan beliau sudah menjangka tuduhan dirinya berdiam diri ketika berlaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd