• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Keling’ Dan ‘Kumang’, MAHB Sibu Minta Maaf

oleh Ahmad Albab
04/12/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Niat baik Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menerapkan ciri-ciri kebudayaan tempatan bagi operasi bangunan Lapangan Terbang Sibu mengundang respons negatif daripada penduduk Sarawak.

Penggunaan perkataan ‘Keling’ dan ‘Kumang’ bagi menggantikan perkataan ‘Lelaki’ dan ‘Wanita’ pada papan tanda di pintu tandas balai berlepas Lapangan Terbang Sibu bukan sahaja tidak sesuai, malah mengguris hati masyarakat Iban.

11138600_918586641511715_731927616691681163_n

Ia diviralkan sejak semalam dan mengundang rasa marah pelbagai pihak, termasuk Pertubuhan Belia Dayak Sarawak (Pebedas) cawangan Sibu yang membuat laporan di Balai Polis Sibu Jaya pada jam 1.00 tengah hari Rabu.

Ketika memperjelaskan makna perkataan itu, Pengerusi Pebedas, Mathew Moilan berkata Keling dan Kumang adalah pasangan dari kayangan iaitu Panggau Libau dan Gelong, selain daripada tujuh dewa utama yang disembah masyarakat Iban yang masih mengamalkan kepercayaan lama mereka.

sibu-kumang-facebook-02122015

“Keling dan Kumang adalah dewa dan dewi bagi masyarakat Iban,” katanya, sambil menambah, adalah menyedihkan apabila nama dua tokoh yang mereka anggap suci itu dijadikan papan tanda di pintu tandas.

Presiden Persatuan Dayak Miri, Serawa Budol pula berkata bagi masyarakat Iban, Keling adalah pahlawan yang gagah, berani dan bijak manakala Kumang pula selain cantik, mempunyai pelbagai kemahiran yang menjadi ikutan wanita Iban sehingga kini.

Menurut beliau, MAHB Sibu sepatutnya peka mengenai perkara itu dan sekiranya ingin mempromosi bahasa Iban, adalah mencukupi untuk menggunakan perkataan ‘Lelaki’ dan ‘Indu’.

Berikutan itu, Pengurus MAHB Sibu, Zainuddin Abu Nasir memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat Iban di negeri ini, dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu.

MAHB, katanya, tidak mempunyai sebarang niat untuk melukakan hari masyarakat Iban kerana sebelum ini, pihaknya melihat perkataan itu boleh digunakan untuk menggambarkan lelaki dan wanita.

“Kami kesal dengan kejadian ini dan kami berjanji ia tidak akan berulang di mana-mana lapangan terbang MAHB di negara ini,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Supritendan Martin Khoo yang turut hadir berkata sidang akhbar itu diadakan berikutan permohonan Zainuddin supaya dapat meminta maaf kepada masyarakat Iban.

“Kita harap perkara ini tidak dipanjangkan lagi selepas ini agar tidak lagi mengguris hati masyarakat. Begitu juga kita mahu agar Pebedas boleh menguar-uarkan permohonan maaf MAHB di Facebook agar masyarakat maklum mengenainya,” kata beliau. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]wo0G_EBToTo[/wpdevart_youtube]

Tags: MAHB
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Siti Hasmah Lancar Buku Wanita Peneraju Dunia Akademik

Next Post

Kesan Perubahan Iklim Tak Boleh Dipandang Ringan

Related Posts

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

25/06/2024
1

Kuala Lumpur : Penjelasan mengenai penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) antara perkara yang...

MAHB Laksanakan Proses ‘Uji Dan Lepas’ Program VTL Udara Mulai 16 Mac

15/03/2022
0

KUALA LUMPUR - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Kementerian Pengangkutan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan untuk melaksanakan proses...

Next Post

Kesan Perubahan Iklim Tak Boleh Dipandang Ringan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd