• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kecoh PAU 2015 Bila Muhyiddin Muncul Seketika Di PWTC

oleh
11/12/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMUNCULAN Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin di ruang legar dewan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada jam 3 petang membuatkan suasana damai tiba-tiba menjadi riuh seketika.

Dikatakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu hanya ‘berani’ menjenguk muka seketika di salah sebuah pintu masuk dewan ketika tengah berlangsung sesi perbahasan perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO.

Kedatangan beliau dan isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut mencetuskan suasana kecoh di aras 3 PWTC apabila kumpulan penyokong Muhyiddin kebetulan bertembung dengan penyokong presiden parti.

Tidak beberapa lama kemudian, Ketua Pemuda UMNO yang juga Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin terus bersalam serta memeluknya setelah dimaklumkan mengenai kehadiran mengejut Muhyiddin itu.

Baca: Diaibkan MB Johor, Muhyiddin Batal Umum Lawan Najib

KJ

Seperti diketahui, Perhimpunan Agung UMNO ke-69 lebih panas daripada biasa disebabkan beberapa perkara dikira ‘menarik’ antaranya isu pengguguran Muhyiddin daripada jawatan jemaah Kabinet Persekutuan.

Tumpuan pastinya ke arah Muhyiddin yang membuat ‘aksi lagak ngeri’ apabila berucap ‘panas’ di Kelab Sultan Sulaiman, Kampong Bharu tentang beberapa perkara sensitif ala ceramah pembangkang versi UMNO.

Antaranya ialah beliau merasakan sebagai timbalan presiden, haknya tidak dihormati pihak UMNO setelah tidak diberikan peluang untuk berucap dalam perasmian mesyuarat tiga sayap parti itu dan sebagainya.

Muhyiddin kemudian dilihat berada santai pada sesi perbahasan Pergerakan Puteri UMNO dan duduk bersama-sama dengan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal di kerusi kenamaan barisan hadapan.

Malam Selasa, beliau membuat kejutan apabila gagal muncul pada acara Taklimat Presiden yang disertai ribuan perwakilan dan kerusi Muhyiddin bersebelahan Datuk Seri Najib Tun Razak kelihatan terbiar kosong.

IMG-20151209-WA0026

Susulan tindakan Muhyiddin yang tidak menghadiri ke majlis taklimat berkenaan Selasa malam, isu tersebut khabarnya menimbulkan rasa kurang senang pelbagai pemerhati politik.

Namun, kemunculan secara mengejut Muhyiddin dalam Perhimpunan Agung UMNO petang Rabu yang disambut kira-kira 50 orang pengikut setianya meninmbulkan spekulasi apa muslihat dirancang beliau.

Muhyiddin dilihat sempat singgah ke sesi perbahasan Pergerakan Pemuda dan Wanita UMNO yang sedang hangat bersidang sehingga lewat petang.

Beliau sebentar tadi ada mengeluarkan komen ringkas mengesahkan akan hadir pada Mesyuarat Majlis Tertinggi yang dijadual diadakan malam Rabu.

Kedengaran ura-ura yang mengatakan, mesyuarat malam ini akan menentukan kedudukan dan nasib beliau di dalam UMNO berikutan terlalu banyak tuduhan dan fitnah yang beliau taburkan sebelum ini.

Namun perkara ini masih belum dipastikan. Apa yang pasti ialah Muhyiddin terlepas peluang terbaik untuk dengar jawapan secara terus tanpa teks yang diucapkan Najib di Majlis Amanat Presiden terhadap segala pertuduhan yang beliau lemparkan sebelum ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PAU 2015UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd