• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebakaran 6 Kereta Di Amcorp Mall, Angkara Khianat

oleh Ahmad Albab
22/12/2015
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kebakaran yang memusnahkan enam buah kereta di tempat letak kenderaan Seksyen 52, berhampiran Amcorp Mall di sini, tengah hari Isnin dipercayai berpunca daripada perbuatan khianat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din, berkata pihaknya namun masih menunggu hasil siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat sebelum buat kesimpulan berhubung kebakaran itu.

“Kalau difikirkan secara logik adalah mustahil bagaimana enam buah kereta boleh terbakar dalam satu masa sekiranya berlaku kecuaian manusia atau masalah berkaitan elektrik sehingga berlakunya kebakaran.

“Namun kita akan menjalankan siasatan secara menyeluruh dari semua sudut sebelum mengenal pasti punca utama kejadian ini,” katanya ketika dihubungi BH.

Bagaimanapun, beliau menafikan kebakaran itu ada kaitan dengan dakwaan berlaku letupan bom. Katanya, setakat ini beliau tidak menolak kemungkinan wujud unsur khianat hingga berlakunya kebakaran berkenaan.

amcorp mall

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ada orang yang melakukan perbuatan khianat tersebut dan bukannya letupan bom seperti khabar angin yang tersebar menerusi media sosial.

“Ada orang yang sengaja melakukan kebakaran di LRT Taman Jaya, PJ. Tiada letupan berlaku. @PDRMsia sedang menjalankan siasatan ke atas perbuatan khianat terbabit,” kata Khalid melalui akaun twitter rasmi beliau

Dalam kejadian sekitar jam 12.50 tengah hari itu, dua daripada enam buah kereta iaitu jenis Toyota Vios dan Proton Wira dilaporkan musnah sepenuhnya.

Baki empat buah lagi kereta jenis Suzuki Swift dan Proton BLM terbakar 70 peratus, manakala sebuah Proton Gen2 dan kereta jenis Honda terbakar 20 peratus.

Sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba Jalan Penchala yang tiba pada pukul 1.09 tengah hari dapat memadamkan api dalam masa hampir setengah jam.

Sementara itu, Syarikat Prasarana Negara Berhad menafikan kejadian kebakaran yang memusnahkan enam buah kereta berlaku di dalam kawasan milik Stesen LRT Taman Jaya.

Ia sebenarnya berlaku di kawasan letak kereta bersebelahan dan ia bukan dikendalikan pihak Rapid KL. Prasarana juga memaklumkan kejadian itu tidak memberi kesan kepada operasi tren dan ia berjalan seperti biasa.

“Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan dan tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan,” kata syarikat tersebut menerusi satu kenyataan akhbar. – BHarian Online

[wpdevart_youtube]-Qgq6aNceRI[/wpdevart_youtube]

Tags: kebakaran
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

700 Kes Tanah Runtuh Dilaporkan Sepanjang Tahun

Next Post

Cadangan Mara Digital Mall Di Anggerik Mall Sedang Dibincang

Related Posts

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

01/05/2025
0

BET SHEMESH, Israel: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran bahawa kebakaran hutan yang merebak dengan pantas berhampiran Baitulmaqdis boleh...

50 Rumah Setinggan Musnah Terbakar Menjelang Ramadan

50 Rumah Setinggan Musnah Terbakar Menjelang Ramadan

01/03/2025
0

Kota Kinabalu: Dianggarkan 50 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Cempaka Likas, di sini, awal pagi tadi. Bagaimanapun, kejadian...

Next Post

Cadangan Mara Digital Mall Di Anggerik Mall Sedang Dibincang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd