• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kapal Harta Karun Terkenal Milik Sepanyol Dijumpai

oleh AK-47
11/12/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BOGOTA – Kerajaan Colombia mengumumkan telah berjaya menemui sebuah kapal lama terkenal milik Sepanyol, San Jose yang karam di perairan Cartagena dekat sini pada abad ke-18 lalu.

Kapal berusia lebih 300 tahun itu dipercayai penuh sarat berisi dengan harta karun berbentuk muatan emas, zamrud dan duit syiling perak, kata Presiden Colombia, Juan Manuel Santos.

Beliau telah membuat pengumuman mengenai berita berkenaan menerusi akaun Twitter rasmi miliknya pada Jumaat dan menambah, sidang media rasmi hanya akan diadakan kemudian.

Namun pengumuman itu tidak menjelaskan mengenai isu perundangan antara kerajaan Colombia dengan agensi pencari harta karun Amerika Syarikat, Sea Search Armada (SSA) berhubung pemilikan bangkai tersebut.

san jose1

Terdahulu, pihak SSA dan kerajaan Colombia telah menjalinkan kerjasama bagi mencari bangkai kapal mengikut piawaian kastam antarabangsa selain bersetuju untuk berkongsi harta yang diperoleh.

Kerajaan Amerika Latin itu bagaimanapun mengubah pendirian apabila mengumumkan sebarang harta karun yang ditemui adalah dianggap sebagai milik penuh pihak berkuasa Colombia.

San Jose karam pada 1708 di Laut Caribbean tidak jauh dengan bandar pelabuhan, Cartagena. Ia merupakan sebahagian daripada armada Raja Philip V yang digunakan dalam perangnya menentang Britain. – Sumber: Agensi/ MYNEWSHUB.CC

Tags: harta karunkapal karam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

12 Mayat Tragedi Kapal Karam Di Laut China Selatan Ditemui

12 Mayat Tragedi Kapal Karam Di Laut China Selatan Ditemui

04/07/2022
0

BEIJING – Sebanyak 12 mayat ditemui susulan insiden sebuah yang kapal karam di Laut China Selatan pada hujung minggu lalu...

Seorang Maut Kapal Dayang Topaz Karam Di Kuala Baram

27/10/2020
0

MIRI - Seorang kru kapal penyelenggaraan minyak dan gas Dayang Topaz maut selepas kapal berkenaan karam di perairan kira-kira 7.7...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd