• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GAMBAR: Jumpa Rangka Manusia Bawah Jambatan Padang Rengas

oleh AK-47
19/12/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR: Polis menemui rangka manusia disyaki seorang lelaki di bawah jambatan berhampiran Gunung Pondok, Padang Rengas di sini pada pagi Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Deputi Superitendan Azry Akmar Ayob berkata polis mendapat maklumat mengenai penemuan itu daripada seorang tukang kebun rumput pada kira-kira jam 10 pagi.

IMG-20151216-WA0001

Rangka berkenaan dijumpai di dalam sebuah plastik di kawasan semak ketika sedang menebas di situ.

“Berdasarkan siasatan awal dari pakaian baju dan seluar mangsa, kami mengesyaki rangka itu dipercayai seorang lelaki namun kami masih tidak boleh membuat sebarang andaian lagi.

“Kami hanya menemui sebilah pisau pemotong buah di bahagian bawah rangka dan tiada sebarang pengenalan diri dijumpai pada mangsa,” katanya ketika dihubungi ASTRO AWANI.

Menurut Azry, tempoh mangsa berada di lokasi kejadian tidak dapat disahkan berikutan ianya hanyalah sekujur rangka tulang justeru bedah siasat akan dijalankan segera.

IMG-20151216-WA0003

Katanya, tukang mesin rumput mendakwa dia telah membuat kerja memotong semak pada 16 November lepas namun tidak menemui rangka itu sebelum ini.

“Rangka akan dihantar ke Jabatan Forensik di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh bagi tujuan mengenalpasti identiti.

“Buat masa ini, kami masih lagi mengklasifikasikannya di bawah kes mati mengejut dan siasatan lanjut akan dijalankan segera,” katanya.

Sumber: Astro Awani

Tags: Padang Rengas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Sabah Rampas 11.9kg Syabu Bernilai RM885,000

Next Post

Koperal Polis Mati Akibat Dipukul Di Premis Sarang Burung Walit

Related Posts

Nazri Debat Mahathir Di Padang Rengas 25 Mac

11/03/2017
0

ALKISAH Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Tun Dr. Mahathir Mohamad ibarat gunung berapi aktif yang pada bila-bila masa boleh...

Next Post

Koperal Polis Mati Akibat Dipukul Di Premis Sarang Burung Walit

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd