• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jual Udara Segar Dari Pergunungan Kanada

oleh Ahmad Albab
19/12/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Sejak pencemaran udara di Beijing mencecah tahap amaran merah pada minggu lalu, jualan botol yang mengandungi udara segar dari kawasan pergunungan di Kanada semakin popular di China.

Dua usahawan dari Alberta, Kanada menjual botol udara segar yang dikenali sebagai Vitality Air lebih setahun lalu, tetapi dalam dua minggu terakhir ini jualan mereka di China meningkat mendadak.

Amaran merah diisytiharkan pihak berkuasa Beijing 7 Disember lalu, selama tiga hari apabila pencemaran udara mencecah tahap bahaya.

Pencemaran udara di Beijing berpunca daripada pelepasan asap kilang dan kenderaan.

Vitality Air diasaskan dua rakan baik Moses Lam dan Troy Paquette pada 2014.

Syarikat itu mengambil udara segar dari kawasan pergunungan di Alberta sebelum dibotolkan dan dieksport ke luar negara.

Wakil Vitality Air di China, Harrison Wang berkata, mereka baru memasarkan produk berkenaan di China lebih sebulan yang lalu, tetapi sambutan diterima sangat luar biasa.

“Kami memasarkan produk ini di Internet dan ia habis dalam tempoh beberapa hari sahaja,” katanya.

Menurutnya, Vitality Air dijual pada harga mencecah 400 yuan (RM266) sebotol bergantung pada saiz botol. – Agensi

[wpdevart_youtube]UFVcuEXoXDM[/wpdevart_youtube]

Tags: udara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Laluan Udara KL-Singapura Paling Sibuk Di Dunia

06/05/2018
0

SINGAPURA - Laluan Singapura-Kuala Lumpur adalah rangkaian udara paling sibuk di dunia, dengan sejumlah 30,537 penerbangan direkod antara kedua-dua bandaraya...

Pasangan China Bersanding Pada Ketinggian 590 Kaki

14/08/2016
0

SEPASANG pengantin dari China tampil dengan idea berbeza dan unik untuk mengabadikan majlis perkahwinan mereka. Bagi pasangan Jiang Huizhu dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd