• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jerebu Terburuk 500 Penerbangan Batal Di Beijing

oleh
26/12/2015
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Lebih 500 penerbangan antarabangsa dan dalam negeri terpaksa dibatalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing, kerana jarak penglihatan juruterbang terjejas akibat pencemaran udara yang teruk.

Agensi cuaca China bagaimanapun mengeluarkan amaran tahap jingga, iaitu paras kedua tertinggi bagi situasi pencemaran udara di ibu kota negara berkenaan, menurut laporan media tempatan pada lewat Jumaat.

Kabut tebal dijangka menyelubungi sebahagian besar utara dan timur China termasuk di sekitar bandar raya Beijing dan Tianjin serta wilayah Hebei, Henan dan Shandong untuk beberapa hari yang akan datang lagi.

Ini menimbulkan tanda tanya kepada pelbagai pihak setelah pemerintah China mengarahkan penutupan lebih 2,000 buah kilang dan mengehadkan kemasukan kereta ke pusat bandar bagi mengekang masaalah jerebu itu.

Baca: Jerebu Cecah IPU 500 Di Beijing, Lebih 2,100 Kilang Ditutup

Indeks kualiti udara menunjukkan bacaan antara 300 sehingga 450 di beberapa lokasi utama di Beijing sejak 25 Disember dan bakal berterusan sehingga 27 Disember di sebalik salji turun sempena musim sejuk bulan ini.

Pencemaran udara tersebut turut menyebabkan jarak penglihatan untuk juruterbang pesawat turun kepada paras 500 meter di Beijing selain penutupan sejumlah lebuh raya utama untuk mengelak berlaku nahas pelanggaran.

Jarak penglihatan di kota Tianjin juga berada bawah paras 500 meter sementara di beberapa kawasan parasnya berada bawah 200 meter, cukup berbahaya untuk pemandu kenderaan yang kurang kemahiran pengemudian.

Sekurang-kurangnya 10 bandar raya China kini terjejas dan lebih 100 juta penduduk diberi amaran supaya jangan keluar daripada rumah jika tiada sebarang urusan penting buat sementara waktu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: BeiingJerebu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

04/03/2025
2

PUTRAJAYA: Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) sudah diaktifkan bagi membolehkan semua pihak meningkatkan pemantauan terhadap pembakaran terbuka yang boleh...

Hamas Lancar Serangan Balas Terbesar, Bedil 5,000 Roket Ke Atas Israel

Sekolah Ditutup Jika IPU Capai 200

07/10/2023
0

GEORGE TOWN: Sekolah-sekolah boleh ditutup sekiranya situasi jerebu semakin teruk di kawasan masing-masing dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd