• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Vape Bikin `Huru-Hara’ – Majlis Kanser Nasional

oleh Ahmad Albab
19/12/2015
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Kanser Nasional (Makna) menggesa isu vape ditangani segera oleh kerajaan kerana ia menimbulkan situasi ketidakpastian dan `huru-hara’ dalam kalangan masyarakat.

Lembaga Pemegang Amanah dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Makna dalam satu kenyataan media berkata, `huru-hara’ disebabkan Vape itu boleh ditangani dengan mengharamkan terus penggunaannya.

Makna menegaskan, banyak ketidaktentuan dalam keberkesanan rokok elektronik untuk membantu menghentikan tabiat merokok sebaliknya terdapat kemungkinan bahaya kesihatan dikaitkan dengan penggunaan alat tersebut.

“Antaranya ialah kebarangkalian ketagihan nikotin di kalangan pengguna terutama belia serta risiko daripada bahan-bahan kimia lain yang boleh menjadi toksik termasuk menjadi karsinogenik.

“Memandangkan situasi ketidakpastian dan “huru-hara” yang sedang berlaku sekarang, Makna menyokong seruan supaya mengharamkan vape dan rokok elektronik sebelumperkara ini menjadi tidak terkawal serta mengakibatkan bahaya kesihatan,” tegas kenyataan itu hari ini.

Makna seterusnya berkata, hujah menyedut rokok elektronik dan vape untuk berhenti merokok tidak relevan kerana terdapat beberapa program berhenti merokok yang telah terbukti berjaya.

Malah, kata Makna, banyak bahan termasuk pelbagai perisa vape berasaskan nikotin dilaporkan belum dihantar untuk kajian klinikal yang boleh membawa kepada penyalahgunaan dadah.

“Makna menasihatkan ibu bapa dan orang ramai supaya berwaspada dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan isu-isu yang sedang dibahaskan dan dilobi ini,” kata Makna. – mynewshub.cc

Tags: Majlis Kanser Nasionalvape
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

17/01/2026
0

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah menahan 23 individu serta merampas ribuan peranti rokok elektronik, vape dan cecair...

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

16/12/2025
0

JOHOR BAHRU: Malaysia komited mengharamkan sepenuhnya penggunaan vape dengan Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan ia dapat dimuktamadkan menjelang tahun depan. Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd