• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Khalwat: Mufti Tanya Mana G25 Dapat Hadis

oleh Ahmad Albab
12/12/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Tindakan kumpulan bekas penjawat awam elit, G25 yang mencadangkan supaya hukuman terhadap perbuatan khalwat dimansuhkan kerana melanggar hak dan privasi individu dianggap sebagai melanggar hukum ALLAH SWT.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, mana-mana orang Islam yang melanggar atau menidakkan hukum ALLAH itu boleh dianggap sebagai murtad.

“Sebab itu manusia di dunia ini digelar khalifah. Saya nak tanya mereka, apa tugas khalifah di muka bumi ini? Saya nak tanya juga, mereka (G25) ini pakai logik akal semata-mata atau nas dan hadis mana sehingga tindakan kepada pesalah khalwat tidak boleh diambil walaupun di rumah sendiri?

“Kalau dia kata ia langgar hak privasi individu, bunuh orang dalam rumah sendiri tidak perlu dikenakan hukuman kalau macam itu. Mengapa perlu dipersoalkan tentang hukum syariah yang selama ini bersifat mendidik,” soalnya kepada G25, semalam.

Mengulas mengenai hukum syariah yang diguna pakai di negara ini, Harussani berkata, undang-undang digubal oleh agamawan, alim ulama, pakar perlembagaan dan pakar undang-undang berdasarkan al-Quran dan Hadis.

“Begitu juga dengan Perlembagaan negara, digubal oleh cerdik pandai dengan melihat kepada latar belakang masyarakat di negara ini. Sebab itu agama Islam jadi agama rasmi di negara ini.

“Apa yang saya boleh kata, mereka (G25) ini hanya bijak dalam ilmu duniawi tetapi sangat daif dalam agama. Kalau nak bercakap tentang agama pastikan kamu belajar agama terlebih dahulu.

Harussani berkata, sebagai manusia lebih-lebih lagi orang Islam, mereka perlu tahu apa tujuan diciptakan di atas dunia.

“Manusia diciptakan ALLAH untuk beribadah dan patuh kepada suruhanNYA dan meninggalkan larangan. Tidaklah manusia itu diciptakan tanpa tujuan melainkan untuk beribadah kepadaNYA.

“Hukum berkhalwat itu sendiri adalah haram, jadi mereka (G25) cuba mansuh hukuman kepada pesalah khalwat dengan menyatakan itu adalah dosa orang itu dengan ALLAH. Nampaknya mereka ini sengaja menggalakkan orang ramai untuk berkhalwat,” jelasnya.

Katanya, jantina dan nafsu diberikan ALLAH kepada manusia bagi kesinambungan zuriat dengan cara yang sah dan bukan dengan cara haram.

Beliau mempersoalkan tindakan G25 yang dilihat aktif menyerang agama Islam.

Semalam, jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin memaklumkan mahu menubuhkan sebuah jawatankuasa perunding bagi membincangkan untuk meminda atau memansuhkan beberapa undang-undang syariah.

Katanya, hukuman terhadap pesalah khalwat adalah dosa peribadi antara pelaku dengan ALLAH kecuali jika dilakukan di kawasan awam. – Sinar Harian Online

Tags: Dr Harussani ZakariaG25kes khalwat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Polis Didenda RM1,500 Terima Suapan Kes Khalwat

30/03/2022
0

IPOH : Anggota polis berpangkat Lans Koperal didenda RM1,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menerima...

Allahyarham Tokoh Islam Dihormati, Disayangi – Sultan Perak

01/06/2021
0

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd