• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hutang RM4 Juta Punca Ahli Perniagaan Malaysia Dibunuh

oleh
05/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SONGKHLA – Motif pembunuhan ahli perniagaan Malaysia, Lee Ah Han di Hatyai pada Jumaat adalah kerana perselisihan bisnes melibatkan hutang berjumlah 35 juta baht (RM4.11 juta) kepada seorang ahli perniagaan dari Malaysia, menurut polis selatan Thailand.

Maklumat perisikan polis mendapati bahawa mangsa ada masalah hutang sebanyak 35 juta baht yang dibayar menggunakan cek tendang dan telah berlanjutan selama enam bulan, kata Ketua Polis Mukim Thunglung, Kolonel Polis Vichapan Chantraporn.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti ahli perniagaan tersebut.

Ah Han, 54 tahun, juga dikenali sebagai Ali Baba merupakan ahli peniagaan hartanah yang mati ditembak pada Jumaat di daerah Hatyai ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai bersama isterinya, Mayuree Thipmani, 42 tahun.

Mayuree cedera parah dalam kejadian tersebut.

Baca: Ahli Perniagaan Malaysia Mati Ditembak 10 Das Di Hatyai

Pada Sabtu, pihak polis yang melakukan siasatan kes pembunuhan tersebut telah mengadakan mesyuarat di balai polis Thunglung, Hatyai, Songkhla, untuk merungkai fakta kes pembunuhan tersebut.

Selain itu, pegawai polis mencari bukti dan meneliti kamera litar tertutup di tempat kejadian dan kawasan berdekatan untuk mengenal pasti kereta suspek.

Ah Han adalah seorang ahli peniagaan yang terkenal di sempadan Malaysia-Thailand khasnya di Danok, Sadao, dan beliau turut menjadi orang tengah dalam urusan jual-beli tanah di Danok yang melibatkan ahli peniagaan Malaysia.

Vichapan berkata, mangsa ditembak semasa berada dalam sebuah Mercedes Ben S300 oleh penembak yang berada dalam sebuah kereta menggunakan raifal M16 di Jalan Kanchanavanich, Kampung Klongplom, Mukim Thunglung, Hatyai.

Mendiang yang berasal dari Kedah tetapi sudah lama menetap di Mukim Sanakam, Daerah Sadao, Songkhla dilaporkan terkena lebih 10 das tembakan di bahagian kepala dan badan serta terdapat berpuluh-puluh kesan tembakan pada keretanya. – BERNAMA

Tags: Hatyaisongkhla
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Singapura Haram Hidangan Mentah Ikan Air Tawar

Next Post

Aplikasi WhatsApp Selamat Tiga Mangsa Sesat

Related Posts

Kemalangan Maut Songkhla: Pemandu Malaysia Tiada Lesen Sah

15/08/2019
0

SONGKHLA - Pemandu Malaysia yang terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengorbankan lima orang pemotong rumput di Songkhla, Selatan Thailand...

Letupan Bom Lokasi Pelancongan Popular Di Songkla

27/12/2018
0

SONGKLA - Dua butir bom menggegarkan Pantai Samila di sini malam tadi, yang popular kalangan pelancong dalam dan luar negara...

Next Post

Aplikasi WhatsApp Selamat Tiga Mangsa Sesat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd