• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hukuman Mengaibkan Jika Kotori Bandaraya Melaka

oleh Ahmad Albab
02/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Satu paparan ‘memalukan’ menyiarkan nama, wajah, denda berat dan pesalah perlu berjalan dengan plakad yang tertera “Don’t Mess With Melaka” atau “Jangan Kotorkan Melaka” – kesemua cadangan ini diwujudkan untuk menangani masalah kutu sampah di bandaraya bersejarah itu.

Berjalan selama 10 minit dengan dipakaikan plakad berkenaan merupakan salah satu langkah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di bawah undang-undang kecil yang akan diluluskan pada bulan depan, dengan matlamat untuk menjadikan Melaka bersih sebagai tapak Warisan Dunia Unesco.

Selain dimalukan di khalayak ramai, mereka yang mengulangi kesalahan akan berdepan dengan kompaun maksimum RM2,000 serta-merta.

Di bawah cadangan itu, para penganjur pasar malam, parti jalanan dan konsert akan berdepan dengan denda maksimum RM4,000.

Mereka yang melakukan kesalahan pertama perlu menandatangani “ikrar bersumpah” supaya tidak mengotori bandaraya itu di mahkamah majistret MBMB di Jalan Tun Sri Lanang di sini.

Mereka perlu menandatangi dokumen rasmi, menyediakan butiran peribadi mereka seperti kad pengenalan atau pasport (sekiranya kes melibatkan warga asing) dan janji untuk tidak membuat kotor lagi.

“Data mereka akan disenaraikan. Mereka akan berdepan dengan denda yang berat sekiranya mereka mengulangi kesalahan,” kata pegawai khas MBMB, Mohd Yusof Abu Hassan.

Pesalah berulang juga perlu dibawa ke mahkamah dan didenda kerana melanggar “ikrar bersumpah”.

Mereka boleh menghadapi tuduhan berasingan kerana menjejaskan kesihatan awam, keselamatan dan keselesaan kepada orang awam.

“Kompaun yang dikenakan ketika ini maksimum RM500 tidak membantu menangani golongan ini,” katanya.

“Perkara itu telah dipersetujui oleh datuk bandar, Datuk Zainal Husin untuk membentangkan undang-undang kecil itu pada mesyuarat akan datang,” katanya kepada The Star pada Isnin.

Beliau berkata, pelan tindakan mengenai kadar baharu kompaun telah diselesaikan.

Mohd Yusof berkata, sebaik undang-undang kecil itu dikuat kuasakan, ia akan meliputi kawasan tumpuan pelancong, hospital, tempat beribadat dan sekolah di bawah kawasan MBMB. Kawasan-kawasan ini termasuk kawasan popular iaitu Jonker Walk, pasar malam Uptown dan Pahlawan Walk.

Beliau berkata, MBMB tidak lagi bertolak ansur mengenai timbunan sampah yang dibuang merata-rata.

“Kita tidak lagi berlembut dengan kutu sampah,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Yusof berkata, cadangan “berjalan dengan malu” berserta plakad itu masih lagi di bawah pertimbangan kerana ia boleh mencetuskan kontroversi.

“Kita perlu berunding dengan penasihat perundangan negeri terlebih dahulu,” katanya sambil menambah bahawa meletakkan gambar dan butiran pesalah-pesalah di tempat awam.

Mohd Yusof berkata, kawasan popular seperti Pahlawan Walk, The Stadthuys dan Jonker Walk ditimbuni sampah selepas malang sambutan Hari Krismas lalu.

Beliau berkata, rancangan untuk memeliharakan kebersihan di Melaka supaya sebaris dengan Singapura, susulan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron mengarahkan MBMB untuk menguatkuasakan kempen “Jangan Kotorkan Melaka” sepenuhnya.

Pada Isnin, Idris memberitahu The Star bahawa lebih banyak kamera litar tertutup (CCTV) akan dipasang di kawasan tumpuan pelancong dan lebih banyak pegawai penguatkuasaan akan melakukan penyamaran bagi mengesan pesalah.

“Walaupun sudah ada amaran dan slogan, tetapi ada segelintirnya masih degil. Kita mahu memberi pengajaran kepada mereka,” katanya. – mStar Online

Tags: MelakaSampah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Maut Selepas Letupkan Mesin Jual Kondom

Next Post

Kes Bunuh Tapah: 2 Beranak Direman Lagi Hingga 5 Feb

Related Posts

Melaka Mohon Semula Bangunkan Kawasan Tambakan Laut Bawah UNESCO

Melaka Mohon Semula Bangunkan Kawasan Tambakan Laut Bawah UNESCO

09/07/2024
0

Kerajaan Melaka akan membuat permohonan semula kepada Jabatan Warisan Negara bagi membangunkan kawasan tambak laut yang digazetkan sebagai Tapak Warisan...

62 Rumah Di 3 Kampung Di Melaka Terjejas Akibat Banjir Kilat

62 Rumah Di 3 Kampung Di Melaka Terjejas Akibat Banjir Kilat

22/05/2024
0

Melaka : Sebanyak 62 rumah penduduk di Kampung Pengkalan Batu, Kampung Bachang Darat dan Kampung Peringgit di sini, terjejas akibat...

Next Post

Kes Bunuh Tapah: 2 Beranak Direman Lagi Hingga 5 Feb

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd