• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Bekalan Air Di Sepang, Kuala Langat 28 Disember

oleh Ahmad Albab
22/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekalan air di 223 kawasan di Sepang dan Kuala Langat di Selangor akan mengalami tekanan air rendah selama dua hari bermula 28 hingga 29 Disember ini.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Amin Lin Abdullah berkata, orang ramai di kawasan terbabit disaran supaya menyimpan bekalan air yang secukupnya.

“Pengguna dinasihati menyimpan bekalan air secukupnya sebelum 28 Disember 2015. Bekalan air dijangka akan pulih secara berperingkat dalam tempoh 16 jam bermula daripada pukul 5 pagi pada 29 Disember 2015,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Amin Lin berkata, gangguan tekanan air rendah itu disebabkan kerja-kerja membaiki meter paip agihan utama di Loji Rawatan Air Sungai Labu dan kerja menaik taraf paip bagi pembangunan Pusat Asasi UiTM Dengkil.

“Kedua-dua kerja ini akan dilaksanakan bermula pukul 9 malam pada 28 Disember 2015 hingga pukul 5 pagi pada 29 Disember 2015,” katanya.

Maklumat kawasan yang terjejas boleh didapati melalui aplikasi mySYABAS atau melayari www.syabas.com.my, Facebook SYABAS ‘puspel’ atau Twitter SYABAS ‘puspel syabas’. – Mynewshub.cc

Tags: gangguan air
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Miss Colombia Menangis Belakang Pentas Dipujuk Miss Indonesia

Next Post

Gadis ‘Hijab Terbuka’ Kongsi Gambar Hantu Di Twitter

Related Posts

Ribut Petir, Hujan Lebat, Angin Kencang Diramal Melanda 4 Negeri

Gangguan Air Pulau Pinang: Sekolah Boleh Laksana PdPR

05/01/2024
0

GEORGETOWN: Seluruh sekolah di Pulau Pinang dibenarkan menjalankan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berikutan gangguan bekalan air berjadual...

‘Adalah Munasabah Najib Tidak Tahu Sumber Dana Dalam Akaun’ – Peguam Bela

Gangguan Air : Hulu Selangor, Kuala Selangor Sudah Pulih

11/10/2023
0

SHAH ALAM – Tahap pemulihan bekalan air di tujuh wilayah terjejas akibat henti tugas sementara bagi tiga fasa loji rawatan...

Next Post

Gadis 'Hijab Terbuka' Kongsi Gambar Hantu Di Twitter

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd