• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Finalis Chef Selebriti S’pura Didakwa Seks Luar Tabii Di Johor

oleh
22/12/2015
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Bekas finalis program realiti televisyen Singapura, Chef Selebriti, dihadapkan dengan dua pertuduhan baharu iaitu melakukan persetubuhan di luar tabii dan membuat ugutan pada 10 Disember 2015.

Tertuduh, Chef Muhammad Mustaqim Juri, 38 tahun; baharu sahaja selesai menjalani hukuman penjara dan sebatan di Singapura atas kesalahan jenayah seksual terhadap seorang belia lelaki berusia 13 tahun di republik itu.

Kali ini Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Selasa dimaklumkan, suspek dilaporkan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa berusia 22 tahun di sebuah tempat letak kereta di Jalan Persiaran Tanjung, Tampoi.

Menurut laporan stesen penyiaran Singapura, Channel NewsAsia, tertuduh turut didakwa melakukan ugutan terhadap ibu mangsa berumur 47 tahun, di rumah mangsa itu pada hari yang sama di Taman Cempaka, Tampoi.

Muhammad Mustaqim bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan-tuduhan tersebut mengikut masing-masing Seksyen 377C dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen di sini pada 22 Disember.

cef sg

Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga maksimum 20 tahun dan disebat di bawah Seksyen 377C  selain dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 506.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membenarkan tertuduh diikat jamin ditetapkan sebanyak RM40,000 (S$13,056) dengan seorang penjamin dan kes tersebut akan didengar sekali lagi pada 17 Januari tahun depan.

Agensi berita tempatan, Bernama melaporkan kes jenayah dan serangan seksual berkenaan dibawa oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syeela Marlina Uttaman, manakala tertuduh diwakili oleh peguam bela, Mohd. Asram Zakaria.

Pada 2013, Muhammad Mustaqim dihukum penjara empat tahun dan tiga sebatan selepas didapati bersalah oleh mahkamah Singapura kerana kesalahan liwat ke atas remaja lelaki di rumah pangsanya di Jurong pada 2011.

Tertuduh pernah bertugas sebagai cef sambilan dan perunding kecantikan itu dikenali ramai selepas muncul antara peserta final Chef Selebriti menerusi stesen televisyen Suria pada 2007 lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: chefSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

09/02/2026
0

Dia langgar orang....dia pulak nak mengamuk.... OLEH MYNEWSHUB  SINGAPURA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas dirempuh sebuah...

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

26/09/2025
0

SINGAPURA – Polis Singapura kini giat menyiasat satu insiden membabitkan penghantaran bungkusan mencurigakan ke Masjid Al-Istiqamah, Serangoon North Avenue 2,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd