• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Emma Maembong Teringin Nak Ada Anak Sendiri

oleh
11/12/2015
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pelakon wanita jelita, Emma Maembong mengakui dia memang amat teringin untuk menimang cahaya matanya sendiri sekiranya ditakdirkan berumah tangga pada suatu hari nanti.

“Semua wanita akan merasai  keinginan untuk mempunyai anak sendiri satu hari nanti,” kata Emma yang sangat sukakan bayi itu dan dipetik portal berita AgendaDaily baru-baru ini.

Gadis berusia 23 tahun ini dilaporkan tidak kelihatan kekok ketika diminta mendukung dan menjaga Ariana, anak kepada Siti Nurashikin Ismail yang mesra dengan panggilan Baba.

Situasi tidak diduga itu dapat disaksikan menerusi episod keenam rancangan realiti digital terbaharu, The House yang disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123)  baru-baru ini.

Dalam episod itu juga terpancar sifat keibuan Emma ketika bersama Ariana malahan dia berjaya menyelesaikan tugasan untuk menguruskan bayi berkenaan dengan begitu baik sekali.

emma4

Sementara itu, ketika ditanya adakah sifat keibuan yang ada padanya membuktikan dia sudah bersedia membina keluarga sendiri, Emma yang dilahirkan di Terengganu tidak menafikannya.

“Insya Allah, kalau sudah sampai jodoh, saya pasti akan berkahwin juga,” jawab jujur pemilik nama sebenar Fatimah Rohani binti Ismail ini secara ringkas.

Selain Emma, The House yang disiarkan secara eksklusif menerusi portal Astro Gempak pada setiap Rabu jam 4 petang turut menampilkan adik dan kakaknya sendiiri, Chacha dan Yaya.

The House boleh diikuti melalui www.thehouse.com.my selain siaran televisyen di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) pada setiap Isnin pukul 9.30 malam. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Emma Maembong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Emma Maembong Sah Isteri Shazli

20/02/2020
0

PELAKON Emma Maembong sah bergelar isteri kepada Muhammad Shazli Azhar, 32 , dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan di Dunia...

Emma Maembong Bakal Nikah Khamis Ini?

17/02/2020
0

PELAKON popular, Emma Maembong bakal melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Mr S, Khamis ini. Difahamkan, majlis pernikahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd