• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Diancam Tali Gantung Demi Pertahan Keluarga #prayforzulkifli

oleh AK-47
30/12/2015
dalam Hangat, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG lelaki bernama Zulkifli, 50, kini menjadi bualan hangat di laman sosial di Malaysia. Ini berikutan hukuman atas kesalahan ‘membunuh’ yang dilakukannya baru-baru ini..

Tiga minggu lalu, rumah Zulkifli yang terletak di Labuhan, Kerteh, Terengganu dipecah masuk dua perompak. Atas niat melindungi keluarga serta harta benda miliknya, dia bertindak menikam salah seorang daripada perompak tersebut sehingga mati.

Lantaran peristiwa itu, Zulkifli telah ditahan reman selama 14 hari dan disiasat bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan yang kemudian ditukar kepada seksyen 304, kerana membunuh tanpa niat dan dibenar ikat jamin sebanyak RM15,000.

Zulkifli sekali lagi ditahan pada 27 November lalu atas dua pertuduhan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang mana jika disabitkan kesalahan boleh membawa hukuman gantung sampai mati serta seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan.

Zulkifli juga tidak dibenarkan diikat jamin.

zulkifli

Isu ini menjadi perbualan hangat netizen apabila ramai yang mempertikaikan, salahkah seseorang itu mempertahankan keluarga dan hartanya daripada dirompak? Salahkah seseorang itu membunuh sekiranya dia tidak mempunyai pilihan lain ketika itu? Apakah dia dianggap bersalah kerana ingin mempertahankan keluarga dan harta benda miliknya? Dan wajarkah dia dijatuhkan hukuman gantung sampai mati?

Persoalan-persoalan inilah yang dibangkitkan sekaligus mencetus rasa simpati ramai terhadap nasib Zulkifli yang dianggap seorang hero namun terpaksa menerima nasib malang kerana undang-undang yang menyisih soal kemanusiaan.

Disebabkan ramai yang simpati dan ingin membela nasibnya, muncul hashtag #selamatkanzulkifli selain sebuah akaun Facebook khas Selamatkan Zulkifli bagi tujuan membuka mata pihak yang dapat membantu nasibnya.

Selain itu, kisah mengenai kesusahan dan kepayahan hidup yang dihadapi oleh keluarganya turut mencetuskan rasa prihatin dalam kalangan netizen. Salah seorang anak Zulkifli yang berumur 8 tahun adalah penghidap autisme dan masih dalam proses menerima rawatan.

Zulkifli dan isterinya, Zaimah hanyalah golongan peniaga kecil yang berniaga untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga. Ramai membayangkan apa akan berlaku sekiranya Zulkifli benar-benar disabitkan bersalah dalam kes ini seterusnya menjalani hukuman yang sedikit sebanyak pasti jejaskan keluarganya.

Sama-sama kita berdoa agar Zulkifli diberikan pengadilan terbaik. – MYNEWSHUBCC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=qGuLCLUpK80]

 

 

 

 

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd