• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

David Beckham Buat Kejutan Di Singapura

oleh AK-47
11/12/2015
dalam Hangat, Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

BINTANG bola sepak terkenal antarabangsa, David Beckham membuat kejutan secara senyap apabila hadir menyaksikan perlawanan bola sepak lima sebelah antara pasukan Singapura menentang Thailand di padang tertutup, Marina Bay Sands.

Aksi tersebut dijalankan bersempena dengan 8th Asean Para Games yang menyaksikan Singapura bertindak sebagai tuan rumah pada kejohanan kali ini.

Beckham yang mengenakan sut berwarna hitam muncul secara senyap telah menyaksikan perlawanan berkenaan sehingga tamat separuh masa pertama sebelum meninggalkan padang tertutup berkenaan.

Sebelum perlawanan bermula, Beckham yang juga merupakan jurucakap atau duta Marina Bay Sands telah meluangkan masa bersama beberapa orang atlet.

Antara mereka yang sempat berinteraksi dengan Beckham ialah kapten pasukan bola sepak para Singapura, Khairul Anwar yang turut digelar sebagai ‘David Beckham’ Singapura.

Bintang kurang upaya tempatan itu menjadi terkenal setelah berjaya menjaringkan hatrik dalam perlawanan menentang Maynmar pada Sabtu lalu.

Dalam perlawanan yang disaksikan oleh bintang dunia itu, Singapura tewas 5-0 kepada pasukan Thailand. -Sumber: Agensi/MYNEWSHUBCC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=pRvkveHzFNQ&w=560&h=315]

Tags: bola sepakDavid BeckhamSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

09/02/2026
0

Dia langgar orang....dia pulak nak mengamuk.... OLEH MYNEWSHUB  SINGAPURA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas dirempuh sebuah...

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

26/09/2025
0

SINGAPURA – Polis Singapura kini giat menyiasat satu insiden membabitkan penghantaran bungkusan mencurigakan ke Masjid Al-Istiqamah, Serangoon North Avenue 2,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd