• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Ingatkan Perpaduan Umat Islam Sentimen Sempit Agama!

oleh Ahmad Albab
19/12/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – DAP mendakwa perpaduan umat Islam yang dilaungkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini merupakan sentimen sempit keagamaan yang perlu ditolak seluruh masyarakat Malaysia.

Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaaan DAP, Liew Chin Tong berkata, sentimen sempit keagamaan itu sebenarnya merupakan senjata politik oleh dua pemimpin utama UMNO dan PAS tersebut.

“Satu-satunya senjata oleh Najib UMNO dan Hadi PAS adalah sentimen sempit agama dan perkauman mereka.

“Pihak lain termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) dan kem Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) pula mahu membina sebuah platform yang baharu untuk perpaduan semua,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Baca: DAP Yakin Masyarakat Malaysia Tolak Laungan Perpaduan Islam

Justeru, Chin Tong yang juga Pengerusi DAP Johor menyelar ahli PAS kerana tidak membantah perpaduan umat Islam yang dilaungkan oleh Presiden PAS dan Presiden UMNO tersebut sedangkan mereka tahu bahawa UMNO yang bakal musnah sedang mengheret PAS bersama.

Najib selaku Presiden UMNO dan Abdul Hadi selaku Presiden PAS memeranjatkan ramai pihak apabila mereka dengan pakaian yang sedondong bersama-sama menyertai Multaqa Serantau Alumni Al- Azhar Malaysia 2015 di sini kelmarin.

Kedua-dua mereka dalam ucapan masing-masing turut mengumumkan tentang kepentingan untuk umat Islam kembali bersatu padu selepas sekian lama berbalah hanya kerana sentimen politik.

Najib secara terbuka turut menghulurkan salam persaudaraan kepada Abdul Hadi dan perkembangan positif itu dilihat ramai pihak merintis jalan perpaduan antara Pas dan UMNO.

UMNO dan PAS merupakan dua parti terbesar umat Islam negara ini yang selama ini terpisah disebabkan ideologi politik. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]0ALIv3xK-No[/wpdevart_youtube]

Tags: DAP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

06/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Selepas aktivis Tamim Dahri Abdul Razak membuat permohonan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zamri...

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

24/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari bersikap sinis terhadap kenyataan seorang Ahli Parlimen DAP di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd