• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ajal Kejar Pencuri Lori

oleh Ahmad Albab
10/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Petaling Jaya – Tindakan seorang lelaki berusia 35 tahun cuba menahan penjenayah yang melarikan lori milik adiknya bertukar tragedi apabila dia dirempuh suspek hingga mati.

Dalam kejadian jam 12.45 tengah hari semalam, mangsa menunggang motosikal dilanggar suspek berhampiran Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas mangsa menyedari lori model Isuzu diletakkan berhampiran kediamannya di PJS 6/3D, Kampung Lindungan di sini, dilarikan suspek.

Katanya, mangsa kemudian meminjam motosikal milik seorang peniaga di kawasan berkenaan untuk mengejar lori itu.

“Lori berkenaan kemudian dilarikan suspek menghala ke Puchong. Setibanya di sebuah stesen minyak, mangsa dipercayai dilanggar lori berkenaan.

“Mangsa cedera parah di kepala sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) oleh anggota keluarga yang turut mengekori penjenayah. Namun mangsa disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian,” katanya.

Menurutnya, pencuri lori itu bagaimanapun ditangkap polis bantuan yang secara kebetulan melihat kejadian itu.

Mohd Zani memaklumkan pemeriksaan terhadap suspek berusia 28 tahun yang ditahan itu mendapati lelaki itu mempunyai lima rekod jenayah lampau.

Katanya, kes itu masih dalam siasatan dan pihaknya menunggu laporan bedah siasat dan keterangan daripada saksi kejadian. – myMetro Online

Tags: kemalangan mautlanggar lari
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd