• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Kurnia Darjah Kebesaran & Pingat Kepada 132 Penerima

oleh Ahmad Albab
17/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini berkenan mengurniakan darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan tahun 2015 kepada 132 orang penerima.

Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut berangkat ke istiadat pengurniaan itu di Istana Negara di sini bersempena ulang tahun keputeraan rasmi Seri Paduka yang disambut pada 6 Jun lepas.

Mendahului senarai penerima darjah pada istiadat pengurniaan kali ini ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Baling, Kedah, Datuk Harun Abdul Aziz yang menerima Darjah Kesatria Mangku Negara (KMN).

Antara penerima lain darjah berkenaan ialah anggota Parlimen Sabak Bernam Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh, Timbalan Pengarah Kastam (Bahagian Penguatkuasaan) Jabatan Kastam Diraja Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datuk Abd Gani Othman dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kampar, Perak, Datin Normah Hanum Datuk Ibrahim.

Turut menerima KMN ialah Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kota Tinggi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor Asiah Md Ariff.

Seri Paduka turut mengurniakan Darjah Ahli Mangku Negara (AMN) kepada 30 penerima termasuk Ketua Cawangan Tadbir 509 Askar Wataniah Pulau Pinang Leftenan Kolonel Zaharim Taharim, Pegawai Bomba Tentera Laut Diraja Malaysia Leftenan Komander Mohd Tawil Tajudin dan bekas Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kelantan Dr Azri Adzhar.

Selain itu, sejumlah 57 individu lain menerima Pingat Pangkuan Negara (PPN). – BERNAMA

Tags: pingat kebesaranYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bertitah menasihatkan rakyat supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca panas yang...

KPM Junjung Titah Yang Di-Pertuan Agong

KPM Junjung Titah Yang Di-Pertuan Agong

19/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menjunjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang menyentuh mengenai pendidikan negara sempena...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd