• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Individu Cemerlang Terima Anugerah Merdeka 2015

oleh Ahmad Albab
11/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Sekretariat Sidang Kemuncak Kemanusian Dunia, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood adalah antara individu cemerlang yang menerima Anugerah Merdeka 2015.

Beliau terpilih bagi kategori pendidikan dan komunuiti di atas sumbangan cemerlangnya kepada pembangunan kemanusiaan dan bantuan kecemasan antarabangsa.

Lima penerima lain ialah Profesor Emeritus dan Ilmuan Tetamu dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Datuk Dr Abdul Latiff Mohamad, Penasihat Sains kepada Perdana Menteri, Tan Sri Zakri Abdul Hamid (kedua-duanya bagi kategori Alam Sekitar).

Dekan Fakulti Sains Bioteknologi dan Biomolekul Universiti Putra Malaysia, Prof Datin Paduka Dr Khatijah Mohamad Yusoff (kategori Kesihatan, Sains dan Teknologi), Pengasas dan Ketua Pusat bagi Cecair Ionik Universiti Malaya, Prof Dr Mohd Ali Hashim (kategori Pencapaian Cemerlang Ilmuan) dan Naib Presiden Pemuliharaan Spesis New York, Dr Elizabeth Lesley Bennett (kategori Sumbangan Cemerlang kepada Rakyat Malaysia).

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah selaku Penaung Diraja Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka menyampaikan trofi, wang tunai RM500,000 dan karya seni pelukis tempatan Latiff Mohidin kepaad setiap penerima pada majlis di Dewan Filharmonik di sini malam tadi.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim dan turut hadir Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin serta lebih 600 orang tetamu. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]EpYeQJFVH-Y[/wpdevart_youtube]

Tags: Anugerah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

13/11/2025
0

Ipoh: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan pemalsuan anugerah kehormatan dan gelaran istiadat...

Penyelidik FRIM Rangkul Anugerah Penyelidik Wanita Cemerlang

28/05/2022
0

KUALA LUMPUR : Seorang penyelidik wanita di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) merangkul Anugerah Penyelidik Wanita Cemerlang daripada Venus International...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd