• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Cedera Seorang Daripadanya Parah, Struktur Bangunan Runtuh

oleh Ahmad Albab
31/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lima buruh warga asing cedera dengan seorang daripadanya parah apabila sebahagian struktur Melawati Mall di Taman Melawati di sini yang dalam pembinaan, runtuh malam Rabu.

Berikutan kejadian kira-kira 10 malam itu, semua buruh binaan warga Indonesia dan Bangladesh itu dihantar ke Hospital Ampang di sini, bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata kejadian dipercayai berlaku apabila perancah di tapak pembinaan itu tiba-tiba runtuh dan menghempap pekerja terbabit.

“Lima pekerja cedera dan seorang daripadanya parah. Pekerja yang parah terperangkap, namun berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat.

“Ketika kejadian terdapat 25 pekerja di tapak pembinaan itu,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Mohd Sani berkata bomba sedang melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada lagi mangsa berada di bawah runtuhan itu.

“Buat masa ini, kami menggunakan khidmat unit anjing pengesan, sekiranya masih terdapat mangsa di bawah runtuhan,” katanya, sambil menambah punca sebenar runtuhan masih dalam siasatan.

Operasi mencari dan menyelamat disertai kira-kira 50 anggota terdiri daripada bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Kementerian Kesihatan.

Sementara itu, Pengarah Projek Bina Puri Holding Berhad Anthony Lee berkata pihaknya akan menyalurkan pampasan terhadap kesemua mangsa yang terlibat dalam insiden ini.

“Kesemua pekerja telah dilindungi insurans,” katanya.

Seorang mangsa dikenali Mohd Azis, 28, ketika ditemui berkata beliau bersyukur kerana terselamat daripada ditimpa perancah sokongan itu.

“Ketika kejadian saya sedang meratakan simen di tingkat satu bangunan itu sebelum perancah sokongan itu tiba-tiba runtuh,” kata pekerja warga Indonesia itu. – BERNAMA

Tags: BangunanRuntuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPS Mulakan Kerja Baik Pulih Runtuhan Tebing Sungai Kelantan Hari Ini

JPS Mulakan Kerja Baik Pulih Runtuhan Tebing Sungai Kelantan Hari Ini

23/12/2024
0

KOTA BHARU: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memulakan kerja darurat di tebing Sungai Kelantan yang runtuh berhampiran sebuah kondominium dan...

Sekurang-kurang 2 Maut, Lebih 50 Terperangkap Lombong Arang Batu Runtuh

Sekurang-kurang 2 Maut, Lebih 50 Terperangkap Lombong Arang Batu Runtuh

22/02/2023
0

BEIJING: Sekurang-kurang dua maut dan lebih 50 mangsa lagi dilaporkan terperangkap apabila sebuah lombong arang batu runtuh di wilayah Mongolia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd