• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakaman Culik Jadi Viral, Buat Ibu Mangsa Tambah Bimbang

oleh AK-47
01/01/2016
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

MINGGU ini, pengguna media sosial dikejutkan dengan rakaman audio viral seorang gadis berusia 14 tahun yang merayu minta diselamatkan selepas dipercayai diculik.

BACA: Video: Rakaman Perbualan Remaja 14 Tahun Diculik Van Putih

Rayuan mangsa, Nur Amirah Athirah Abdul Majid mengundang simpati masyarakat yang kemudiannya bertindak menyebarkan rakaman perbualan tersebut dengan ‘niat’ supaya kes ini dapat diselesaikan segera.

Namun pada masa yang sama, tindakan itu tanpa diduga boleh menjadi ancaman dan menyebabkan nyawa gadis berkenaan dalam bahaya.

Menurut ibu mangsa Asmah Mamai, 33, rakaman yang tersebar itu telah menyukarkan pihak polis untuk mengesan anaknya.

“Polis menasihati kami sekeluarga supaya tidak mendedahkan maklumat seperti itu kerana mengganggu siasatan dan menyukarkan mereka mengesan Ira.

“Kami sangat sedih dengan kejadian ini dan terkejut apabila rakaman itu tersebar. Kami bimbangkan keselamatan Ira,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Abdul Majid berkata, selepas rakaman itu menjadi viral, pihaknya tidak lagi menerima khabar berita daripada anaknya atau pihak lain yang mengugut mahu meminta wang tebusan.

Terdahulu, akhbar tempatan melaporkan Nor Amira Athirah diculik ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang, Ahad lalu.

Pada Rabu, pihak polis telah menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat dan menjejaki remaja perempuan itu. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=p0jr-S04-Go]

Tags: Athira
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

300 Polis Trafik KL Ditugas Kawal Trafik Sempena Ambang Tahun Baharu

Next Post

SKMM Pantau Pelaksanaan Rebat GST

Related Posts

No Content Available
Next Post

SKMM Pantau Pelaksanaan Rebat GST

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd