TAHUN 2015 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi, dengan pelbagai cerita suka dan duka yang bakal disemat rapi dalam ingatan setiap individu.

Buat insan bernama Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, tahun 2015 pastinya memberi 1001 kenangan terindah apabila dirinya disahkan hamil setelah sembilan tahun mendirikan rumah tangga.
Namun, apakan daya takdir Allah SWT menentukan segalanya apabila bayi yang sedang dikandungnya mengalami keguguran tatkala usia memasuki dua bulan di dalam perut.
BACA: Siti Nurhaliza Kongsi Khabar Duka, Alami Keguguran
Mengimbas kembali detik suka dukanya, penyanyi nombor satu negara ini telah menghimpun beberapa gambar menerusi satu video yang dimuatnaik menerusi laman Instagramnya, malam tadi.
“Alhamdullillah..Terima Kasih Allah SWT di atas segala nikmat dan kasih sayang Mu.. suka, duka, manis & pahit menjadikan hidup saya Lebih Indah ..Semoga 2016 memberi banyak sinar kegembiraan buat semua….aamiin,” tulisnya.
Kapsyen Siti turut disertakan dengan hashtag #sukaduka2015, #alhamdulillah, #redhadansabar dan #staystrong.
#part2 #sukaduka2015 #alhamdullillah #redhadansabar #staystrong A video posted by SitiNurhaliza Tarudin (@ctdk) on Dec 28, 2015 at 5:46am PST
Antara gambar kenangan yang dikongsikan Siti adalah kenangannya berada di Tanah Suci, ketika bersama Almarhum Tunku Abdul Jalil, saat menerima anugerah dan juga mendapat menantu tiri.
Namun paling menyentuh hati adalah bila isteri kepada Datuk Khalid Jiwa ini, mempamerkan gambar keputusan ujian kehamilan dan imbasan ultrasound janin miliknya dalam video tersebut.
Gambar itu sekaligus menimbulkan perasaan simpati peminat yang seakan dapat memahami apa yang dirasai penyanyi Biarlah Rahsia ini.
Rata-rata netizen meninggalkan komen dengan mendoakan agar impian Siti untuk mendapat cahaya mata suatu hari nanti dimakbulkan.
Sebelum ini, Siti pernah meluahkan redha atas apa yang berlaku dan berkata dia berasa bersyukur meskipun anugerah itu dipinjamkan kepadanya buat sementara sahaja. – MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=ReDrjGt74vk]
