• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Justo Beri Kerjasama Penuh Kepada Polis Malaysia

oleh Ahmad Albab
18/12/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Warga Switzerland Xavier Andre Justo memberi kerjasama penuh kepada pasukan tiga anggota polis Malaysia pada sesi mengambil keterangan selama 90 minit di Penjara Reman Bangkok di sini.

Sesi itu, yang diadakan semalam, berjalan lancar dengan kerjasama polis Thailand, kata satu sumber kepada Bernama.

“Pasukan polis diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Penyiasatan-Undang-undang) Bukit Aman Datuk Amar Singh Ishar Singh itu menemu bual Justo dari 10.15 hingga 11.45 pagi.

“Sesi petang tidak perlu diadakan dan pasukan polis Malaysia kembali ke Kuala Lumpur pada Rabu, sehari lebih awal daripada yang dijadualkan,” kata sumber itu hari ini.

Polis merekodkan kenyataan Justo dalam bentuk afidavit dan akan digunakan dalam penyiasatan di Malaysia, terutama berhubung dakwaan bahawa beberapa dokumen, khususnya yang mempunyai kaitan dengan urusan antara PetroSaudi International dan 1MDB, telah dipinda, kata sumber itu.

Sumber itu berkata, polis Malaysia juga mungkin berminat mengenai pertemuan yang dikatakan diadakan Justo dengan beberapa individu, termasuk editor dan pengasas portal Sarawak Report Claire Rewcastle-Brown, dan pemilik The Edge Media Group Tong Kooi Ong.

Justo sedang menjalani hukuman penjara kerana kesalahan cuba memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International dengan menggunakan maklumat daripada data 90 gigabit yang dicurinya daripada syarikat itu.

Dia ditangkap pada 22 Jun di pulau Koh Samui dan dihukum tiga tahun penjara pada 17 Ogos setelah mengaku mencuri data itu, termasuk dokumen dan e-mel.

Justo sedang dalam proses memohon keampunan dan mungkin juga memohon mendapatkan parol atau dipindah untuk menjalani hukuman di sebuah penjara di Switzerland, kata peguamnya, Worasit Piriyawiboon di sini. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]9meQi2o8kgA[/wpdevart_youtube]

Tags: Xavier Andre Justo
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rumah Anak TPM Dirompak Lagi, Alami Kerugian RM25,000

Next Post

Remaja Bangladesh Ditahan Cuba Curi Duit Tabung Masjid

Related Posts

Mahkamah Benar Najib Periksa Dokumen Justo Serah SPRM

13/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memeriksa dokumen...

Permohonan Najib Periksa Dokumen Justo Didengar 13 Disember

21/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 13 Disember untuk mendengar permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri...

Next Post

Remaja Bangladesh Ditahan Cuba Curi Duit Tabung Masjid

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd