• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAHB Pelawa Syarikat Beroperasi, Tambah Penerbangan Di KLIA

oleh Ahmad Albab
16/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB yang juga pengendali kumpulan lapangan terbang kedua tersibuk dunia dari segi bilangan kendalian penumpang, mempelawa lebih banyak syarikat penerbangan antarabangsa untuk beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Kami masih ada kapasiti (untuk mereka beroperasi di sini),” kata Pengarah Urusannya, Datuk Badlisham Ghazali, dalam temubual eksklusif dengan akhbar News Straits Times yang disiarkan hari ini.

Badlisham yang menyertai kumpulan pengurusan MAHB pada Jun tahun lepas, turut menyambut baik jika syarikat penerbangan beroperasi di lapangan terbang utama Malaysia itu serta antara lapangan terbang utama di Asia Tenggara, berhasrat menambah kekerapan sedia ada.

“(Syarikat penerbangan) Emirates mengendalikan penerbangan sebanyak empat kali sehari. Ia juga akan membawa semula perkhidmatan pesawat A380 ke Kuala Lumpur (KUL). Begitu juga Qatar Airways yang menambah kekerapannya ke KUL kepada 24 penerbangan mingguan dan empat kali sehari.

“Air China pula menawarkan penerbangan empat kali seminggu. Syarikat penerbangan baharu yang kami terima adalah milik bersama Shanghai dan Hainan (empat kali seminggu). Inilah kekerapan yang kami terima semula dan bukan semuanya syarikat penerbangan baharu. Aliran penumpang intra Asia sememangnya besar,” katanya.

Bagi syarikat penerbangan lain di KLIA, Badlisham berkata, China Southern beroperasi sebanyak 10 kali seminggu, Bangkok Airways dan Jetstar Asia (empat kali seminggu) manakala Xiamen Airlines dan Saudi Arabian Airlines (tiga kali seminggu).

“Oman Air, British Airways dan All Nippon Airways pula menyediakan perkhidmatan penerbangan harian,” katanya.

Beliau juga berharap Turkish Airlines yang menambah penerbangan daripada tujuh kali kepada 10 kali seminggu, akan meningkatkannya kepada dua penerbangan sehari yang menjadikannya 14 kali seminggu.

Badlisham berkata MAHB turut menyertai persidangan global, Routes iaitu platform bagi syarikat penerbangan membincangkan perkara seperti penjadualan bagi menggalakkan syarikat lain singgah serta beroperasi di KLIA.

MAHB tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Bhd dan setakat ini mengendalikan dan menguruskan 39 lapangan terbang di Malaysia iaitu lima antarabangsa, 16 domestik dan 18 lapangan udara dan pendaratan serta sebuah lapangan terbang antarabangsa di Istanbul, Turki.

Syarikat itu turut menyediakan perkhidmatan pengurusan lapangan terbang serta perkhidmatan teknikal bagi pembangunan, operasi dan penyelenggaraan lapangan terbang antarabangsa di luar negara. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]0BWr7_c82I0[/wpdevart_youtube]

Tags: MAHB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

25/06/2024
1

Kuala Lumpur : Penjelasan mengenai penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) antara perkara yang...

MAHB Laksanakan Proses ‘Uji Dan Lepas’ Program VTL Udara Mulai 16 Mac

15/03/2022
0

KUALA LUMPUR - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Kementerian Pengangkutan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan untuk melaksanakan proses...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd