• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Pakistan Berselfie Maut Dilanggar Kereta Api

oleh Ahmad Albab
19/12/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISLAMABAD – Seorang lelaki Pakistan terbunuh selepas dilanggar kereta api ketika cuba mengambil gambar ‘selfie’ berlatar belakangkan tren, di bandar Rawalpindi, hari ini.

Mengikut pihak berkuasa, Jamshed Khan, 22, yang juga seorang pekerja jabatan kereta api merakamkan gambar itu menggunakan telefon miliknya dengan berdiri atas landasan di depan kereta api yang bergerak laju.

“Jamshed Khan, seorang penduduk kawasan Dhok Ratta di bandar Rawalpindi maut selepas dilanggar kereta api ketika mengambil gambar selfie di depan tren,” kata pegawai kanan jabatan penyelamat, Deeba Shahnaz.

“Dia terbunuh di tempat kejadian,” tambahnya. Seorang anggota polis di balai polis tempatan mengesahkan kematian itu tetapi berkata bapa Khan tidak mahu mengaku anaknya mati ketika mengambil gambar selfie.

“Bapa Jamshed Khan, Muhammad Pervez dalam kenyataan berkata, anaknya mati dalam kemalangan ketika melintasi landasan,” kata polis itu sambil menambah Khan adalah seorang pembantu jabatan kereta api. – AFP

[wpdevart_youtube]tTJxrXcwrKc[/wpdevart_youtube]

Tags: selfie
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nabila Tak Patut Muat Naik Gambar Dengan Anjing – PU Syed

01/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Seperti dijangkakan, tindakan pelakon Nabila Huda berkongsi foto ‘selfie’ bersama seekor anjing di Instagramnya kelmarin menjadi kontroversi di media...

“Saya Tidak Ambil Gambar, Cuma Guna Cermin”

09/05/2019
0

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dirinya ada mengambil gambar swafoto atau ‘selfie’ ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd