• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Maut Dalam Kemalangan Di Jalan Seremban – K.Pilah

oleh Ahmad Albab
15/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Seorang wanita maut dalam kemalangan apabila kereta yang dipandu suaminya melanggar sebuah kenderaan pikap di Jalan  Seremban-Kuala Pilah, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Muhamad Zaki Harun berkata mangsa Zamzurina Zainuddin, 46, maut di tempat kejadian manakala suami dan tiga anaknya mengalami kecederaan di kepala.

“Kemalangan berlaku pada 9.50 malam, apabila Toyota Hilux dipandu Marzan Muhamad Mustapha, 35, yang sedang dalam perjalanan dari Seremban ke Kuala Pilah terlanggar lopak air lalu berpusing beberapa kali sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

“Suami mangsa, Wan Razali Wan Hashim, 48, yang sedang memandu dari arah Kuala Pilah ke Seremban, tidak sempat mengelak lalu melanggar belakang Toyota Hilux tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Muhamad Zaki berkata ketika kejadian, keadaan jalan dengan bentuk permukaan lurus dan menuruni bukit itu sedikit basah akibat hujan.

Marzan yang mengalami kecederaan di kepala dan sakit pinggang dihantar ke Hospital Salam di Nilai, manakala Wan Razali dan tiga anaknya di hantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]WX8_Vqkk4TQ[/wpdevart_youtube]

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd