• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Bapa Mula Lebih Memahami Konsep PT3

oleh Ahmad Albab
14/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Ibu bapa mula memahami dengan lebih baik konsep Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang diperkenalkan sejak tahun lepas, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata PT3 iaitu satu daripada empat komponen di bawah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dianalisis oleh pihak sekolah dan bukan dilakukan secara berpusat.

Selain PT3, katanya, yang turut diambil kira ialah Pentaksiran Sekolah (PS); Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

Mahdzir berkata memandangkan sistem pendidikan negara telah lama mengamalkan peperiksaan berpusat bermula dari darjah 6, tingkatan 3 dan tingkatan 5, sistem PBS berkenaan masih dalam proses penerimaan para pelajar dan ibu bapa mereka.

“Namun, setelah dua kali PT3 dilakukan kita lihat ada peningkatan dari segi pemahaman ibu bapa mengenai keputusan peperiksaan anak-anak mereka dan kita lihat masyarakat mula menerima sistem baharu ini,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkembangan PT3. Keputusan PT3 2015 dikeluarkan hari ini.

Beliau sebelum itu menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Multimedia Development Corporation (MDeC) dan International Society for Technology in Education (ISTE) bagi pembangunan persekitaran teknologi pendidikan mapan.

Mahdzir berkata sistem pentaksiran itu turut diaplikasi di negara-negara maju iaitu sekolah rendah dan menengah rendah tidak mempunyai peperiksaan berpusat dan peperiksaan hanya dibuat di peringkat sekolah. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]PMFRTbZOf5E[/wpdevart_youtube]

Tags: PT3
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

09/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengkaji semula keperluan untuk mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)....

Isu UPSR, PT3, Silibus Pendidikan Antara Diumum Esok

Isu UPSR, PT3, Silibus Pendidikan Antara Diumum Esok

14/12/2022
0

PETALING JAYA: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dijadual mengadakan sidang akhbar khas esok, dipercayai bagi menjawab pelbagai isu pendidikan yang menjadi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd