• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerjasama UMNO, PAS Telah Berlangsung Selama 2 Tahun

oleh Ahmad Albab
13/12/2015
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JELI – Kerjasama antara UMNO dan PAS telah berlangsung selama dua tahun, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata ia melibatkan kerjasama di peringkat ‘G-to-G’ antara kerajaan Persekutuan yang ditunjangi UMNO dan kerajaan Kelantan pimpinan PAS di bawah Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.

“Kerjasama telah berlaku, (ia) bukan mimpi… tak tepat (kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man), itu tak betul. Kerjasama telah berlaku dua tahun dah.

“Tapi itu bukan bermakna kerajaan campuran. Itu (kerajaan campuran) konsep yang lebih luas dan kita kena dapatkan persetujuan daripada anggota PAS dan UMNO dahulu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Industri Kenaf Rakan Rakyat (IKRaR) di Bukit Bunga, di sini hari ini.

Mustapa mengulas kenyataan Tuan Ibrahim yang sebelum ini dilaporkan berkata UMNO hanya ‘bermimpi’ jika ingin menjalinkan hubungan dengan PAS selepas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis menghulurkan ‘tali silaturahim’ kepada PAS untuk sama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata kerajaan campuran mungkin tidak dapat diwujudkan dalam masa terdekat, namun beliau yakin ‘salam’ yang dihulur oleh Najib akan disambut baik PAS selepas ini.

“Saya rasa sehari dua ini saya tak nampak ada kerajaan campuran ini, tapi kita dah mula kerjasama, saya sendiri dengan Menteri Besar Kelantan dalam setahun ini banyak pertemuan telah diadakan.

“Saya banyak kali ke Kota Darul Naim (pusat pentadbiran kerajaan Kelantan) yang tak pernah berlaku sebelum ini. Ini tanda-tanda yang baik. Menteri besar Kelantan pun banyak kali berjumpa perdana menteri untuk urusan kerajaan,” katanya.

Mengenai program berkenaan, Mustapa berkata IKRaR diperkenalkan bagi merakyatkan program pembangunan komoditi kenaf supaya lebih dekat dengan komuniti di sesuatu kawasan.

“Kenaf mempunyai potensi besar kerana banyak digunakan dalam industri automotif, elektronik dan binaan. Kita sasarkan petani yang mengusahakan tanaman ini mampu memperoleh pendapatan sehingga RM5,000 untuk semusim dalam tempoh beberapa tahun akan datang,” katanya. – BERNAMA

Tags: PASUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd