• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hak Untuk Bercakap Perlu Diberi Kepada Pemimpin Dipilih Rakyat

oleh Ahmad Albab
13/12/2015
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Menafikan hak timbalan presiden dan naib presiden untuk berucap di Perhimpunan Agung Umno adalah bertentangan dengan dasar inklusif parti, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata pemimpin yang dipilih secara demokrasi perlu diberi peluang untuk berucap di hadapan perwakilan yang telah mengundi mereka.

“Mempunyai perbezaan pendapat pasti tidak akan menyebabkan sebarang perpecahan dalam parti.

“Malah, ia akan mengukuhkan parti, kerana ia menunjukkan ada check and balance demi kepentingan parti,” kata Mukhriz yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno.

Mukhriz akhirnya bersuara mempertahankan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal pada majlis makan malam di Saloma Bistro malam Jumaat.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin dan Shafie.

Mukhriz juga berkata menganjurkan makan malam itu boleh menjejaskan kedudukannya dalam parti.

“Itulah risiko saya perlu ambil walaupun mengadakan majlis seperti ini tidak bertentangan dengan perlembagaan.”

Mukhriz berkata adalah sesuatu yang tidak digalakkan untuk menetapkan sebarang keutamaan yang tidak baik seperti menghalang pemimpin yang dipilih daripada berucap kerana ia akan menghakis keyakinan orang ramai.

“Kita perlu memenangi hati rakyat untuk kekal berkuasa.

“Kita tidak boleh mengambil ringan rungutan dan isyarat kecemasan daripada akar umbi,” katanya. – mStar Online

Tags: Mukhriz MahathirUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd