• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Tanaman Anggur Di Perlis Dikekalkan

oleh Ahmad Albab
12/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Projek tanaman anggur di Taman Anggur Sungai Batu Pahat, Bintong dekat sini dikekalkan tetapi keluasannya akan dikurangkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Ahmad Bakri Ali berkata pengurangan itu dibuat memandangkan kos penyelenggaraannya yang tinggi.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata daripada keseluruhan kawasan itu, 3.35 hektar dikekalkan dengan tanaman anggur manakala baki 4.75 hektar lagi dialihkan kepada projek tanaman mangga harum manis.

Menurut Ahmad Bakri, kerajaan negeri mengambil keputusan mengekalkan tanaman anggur berkenaan kerana kewujudannya selama ini berjaya menjadi antara tarikan pelancong.

“Lebih-lebih lagi kawasan Kebun Anggur Sungai Batu Pahat terletak berhampiran Taman Ular dan Reptilia Sungai Batu Pahat serta laluan ke Taman Herba di Bukit Bintang. Jadi, ia sesuai sekali untuk dikekalkan,” katanya.

Ahmad Bakri berkata pada 24 Sept tahun lepas kerajaan negeri telah memberi kelulusan kepada satu syarikat swasta mengambil alih pengurusan taman berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, pada 26 Dis 2014, syarikat itu memaklumkan mereka terpaksa menarik diri daripada projek itu kerana masalah mendapatkan tenaga kerja mahir.

Sehubungan itu, katanya kerajaan negeri bersetuju supaya Jabatan Pertanian Negeri mengambil alih semula pengurusan Taman Anggur berkenaan bagi memastikan ianya dapat terus beroperasi.

Ahmad Bakri berkata sesuai dengan matlamat menjadikan taman berkenaan sebagai antara tarikan pelancong di negeri ini, beberapa pendekatan baharu akan dilakukan supaya ianya lebih menarik.

Katanya antara pendekatan itu ialah memperkenalkan pelbagai jenis anggur baharu selain mempelbagaikan jenis tanaman seperti delima, avokado, aprikot dan zaitun supaya ia ada kelainan daripada taman anggur di negeri lain di negara ini.

“Selain itu, rumah semaian akan turut dibangunkan untuk dijadikan tempat memberi penerangan kepada pengunjung mengenai kaedah penanaman dan penjagaan pokok anggur supaya lebih mudah difahami,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]0wq9AltV1LU[/wpdevart_youtube]

Tags: Anggur
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Mengaku Jesus Sambil Berbogel, Serang Polis

Next Post

Fad Bocey, Isteri Selamat Timang Cahaya Mata Kembar

Related Posts

Pelbagai Jenis Anggur Di Ladang Saloma Di Sitiawan

11/01/2017
0

SITIAWAN - Langsung tidak pernah terfikir untuk memetik anggur segar dari ladang, lebih-lebih lagi di negara sendiri yang beriklim khatulistiwa...

Kerajaan Perlis Disaran Pulihkan Ladang Anggur

03/10/2016
0

KANGAR - Kerajaan Perlis disaran memulihkan ladang anggur di Sungai Batu Pahat, di sini yang dilihat terbiar atau menggantikannya dengan...

Next Post

Fad Bocey, Isteri Selamat Timang Cahaya Mata Kembar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd