• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keanggotaan UMNO Kini Cecah 3.53 Juta – Tengku Adnan

oleh Ahmad Albab
12/12/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jumlah anggota UMNO kini mencapai bilangan 3.53 juta sehingga semalam, kata Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata UMNO akan terus mengatur gerakan dengan semua anggotanya bertindak sebagai tunjang parti bagi membentuk jentera berkesan dalam menambahkan lagi keanggotaan baharu.

Matlamat parti UMNO tidak pernah sekalipun berubah dan pendekatan terhadap rakyat sentiasa diperbaharui demi menepati peredaran zaman selain sebagai melakukan persediaan bagi menghadapi landskap politik survival Melayu, katanya dalam ucapan aluan perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2015, di sini hari ini.

Beliau berkata bilangan itu melibatan keanggotaan di 21,502 cawangan dengan keanggotaan tertinggi dari Sabah iaitu 54,770 anggota.

Tengku Adnan berkata walapun UMNO sentiasa menjadi sasaran provokasi, tohmahan dan sebagainya, namun parti itu masih tetap relevan.

Daripada jumlah cawangan tersebut, kawasan Batu Putih Darat, Libaran, Sabah merupakan cawangan yang mencapai pertambahan bilangan pendaftaran baharu tertinggi dengan 2,051 anggota.

Katanya, dengan peningkatan jumlah keanggotaan baharu di cawangan tersebut, ia menjadikan UMNO Bahagian Silam mencatat bilangan anggota tertinggi sebanyak 50,343 orang.

“Selain itu, perhimpunan agung kali ini juga mendapat perhatian pelbagai negara dan kita menerima kehadiran 119 delegasi luar meliputi 33 parti daripada 21 negara,” katanya

Menurut Tengku Adnan, antara 33 parti daripada delegasi yang hadir ialah Communist Party China, China; Parti Golkar, Indonesia; The Islamic Resistance Movement Palestin-Hamas, Palestin; Democratic People of Korea, Korea Selatan; Parti Keadilan Sejahtera Indonesia; dan Cambodian People’s Party, Kemboja.

Menyentuh mengenai persediaan parti pada masa depan, Tengku Adnan berkata reputasi setiap bahagian dan negeri sentiasa diperinci malah pelbagai program penjelasan mengenai isu semasa akan diteruskan.

Katanya, perhimpunan agung itu yang berlangsung selama lima hari bermula Selasa lepas mendapat liputan daripada 68 agensi media berdaftar yang terdiri daripada 455 media tempatan dan 13 media asing dengan 1,778 kru bertugas. – BERNAMA

Tags: Tengku AdnanUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd