• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Tiada Banduan Lari” – Jabatan Penjara

oleh Ahmad Albab
09/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Jabatan Penjara pada Rabu membuat penafian terdapat banduan melarikan diri dari penjara sebagaimana yang menjadi viral di media sosial.

Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara, Supri Hashim memberitahu mStar Online bahawa tiada banduan lari dari mana-mana penjara termasuk dari Penjata Sungai Buloh.

“Jabatan Penjara mengesahkan tiada banduan lari dari mana-mana penjara,” katanya kepada mStar Online menerusi aplikasi Whatsapp pada pagi Rabu.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Beliau mengulas mengenai maklumat yang tersebar di media sosial sejak pagi Selasa berhubung banduan melarikan diri di kawasan berdekatan dengan Penjara Sungai Buloh.

Menurut maklumat berkenaan, suspek yang masih dalam keadaan bergari dan berbaju lokap dikesan melarikan diri ke kawasan Paya Jaras.

“Suspek dipercayai mempunyai banyak rekod jenayah. Minta jasa baik semua untuk membantu pihak polis mengesan suspek sekiranya melihat orang yang mencurigakan dan sila hubungi balai polis berdekatan anda,” tambah mesej yang tersebar itu.

Bagaimanapun difahamkan, individu yang didakwa sebagai banduan itu merupakan suspek yang merupakan tahanan polis dekat Penjara Sungai Buloh.

Dalam pada itu, menurut laporan Kosmo memetik sumber sebagai berkata, seorang banduan terlibat dalam 29 kes ragut dan samun melarikan diri dalam keadaan tangan digari di Paya Jaras, Sungai Buloh pada Isnin malam.

Menurut sumber, ketika kejadian kira-kira pukul 8 malam, banduan berusia 34 tahun itu bersama pegawai dan anggota polis ke Paya Jaras untuk mengesan seorang lagi rakannya yang masih bebas.

Tambah sumber itu, usaha mengesan dan mencari banduan itu sedang giat diadakan di sekitar kawasan penjara dan kawasan penempatan berhampiran. – mStar Online

Tags: banduanPenjara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penderma Dana RM2.6 Bilion Tak Harapkan Balasan – Najib

Next Post

Taliban Serbu Kompleks Lapangan Terbang Di Afghan

Related Posts

Makan Ubat Gugur Kandungan Cukup Sifat, Wanita Dipenjara Sembilan Bulan

Makan Ubat Gugur Kandungan Cukup Sifat, Wanita Dipenjara Sembilan Bulan

23/05/2025
0

Melaka: Pekerja kafe dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini kerana menyebabkan janin berusia lima bulan...

Seludup Migran: Hukuman Penjara 10 Tahun Terhadap 4 Warga Myanmar Kekal

Seludup Migran: Hukuman Penjara 10 Tahun Terhadap 4 Warga Myanmar Kekal

07/03/2025
1

Putrajaya: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 10 tahun terhadap empat warga Myanmar kerana menyeludup 31 migran ke negara...

Next Post

Taliban Serbu Kompleks Lapangan Terbang Di Afghan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd