• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kritikan Di Laman Sosial Pemimpin Bukanlah Luar Biasa

oleh Ahmad Albab
08/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Komen dan kritikan negatif terhadap pemimpin di laman sosial milik para pemimpin bukanlah sesuatu yang luar biasa, kata Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Malah, kata beliau, semua pemimpin dunia kini menerima kritikan dan komen negatif termasuk pelbagai tuduhan yang tidak berasas.

Mengulas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) berkenaan rakyat menolak kepimpinan negara berdasarkan komen di laman sosial seperti Facebook dan Twitter, Abdul Rahman berkata:

“TSMY kata rakyat tolak Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kerana ramai maki dalam Facebook dan Twitter. Fenomeona ini biasa. Tengok saja Facebook dan Twitter pemimpin besar negara lain,” kata Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menerusi laman Twitter beliau, @mpkotabelud, hari ini.

Beliau berkata timbalan presiden UMNO itu juga perlu sedar bahawa perkara yang sama turut berlaku kepada beliau (Muhyiddin) ketika masih berada dalam barisan kabinet.

“Kalau nak pilih pemimpin ikut komen Facebook dan Twitter, semasa TSMY dalam kabinet, Facebook dan Twitter beliau jugak penuh maki hamun. Dia cuti rehat tak?” tanya Abdul Rahman.

Semalam, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO, hadir dan memberi ucapan dalam acara yang dinamakan ‘Majlis Bersama Timbalan Presiden UMNO’ di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru di sini, dengan terus lantang mengkritik kepimpinan perdana menteri.

Abdul Rahman menegaskan hanya terdapat satu institusi dalam mana-mana parti politik sekalipun, iaitu institusi Presiden, dan ia perlu dipertahankan semua anggotanya.

“Belum pernah saya dengar ada institusi Timbalan Presiden,” katanya.

Abdul Rahman berkata Muhyiddin seharusnya menasihatkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya berehat daripada terus terlibat dalam politik negara.

“Nasihat Tan Sri Muhyiddin supaya ‘berehat’ perlu ditujukan kepada Tun (Dr) Mahathir. Lama sangat dah….,” katanya. – BERNAMA

Tags: pemimpinRahman Dahlan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Faham-Fahamlah Pemimpin, Kalau Banjir Pulanglah Dari Cuti’

‘Faham-Fahamlah Pemimpin, Kalau Banjir Pulanglah Dari Cuti’

21/12/2022
1

Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan pemimpin supaya pulang daripada bercuti ketika berlaku bencana banjir. Ikuti Mynewshub: Telegram Katanya,...

Pemimpin BN, PN Jumpa 3 Petang Hari Ini – Sumber

Pemimpin BN, PN Jumpa 3 Petang Hari Ini – Sumber

23/11/2022
0

Pemimpin Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) akan berjumpa pada pukul 3 petang hari ini di Hotel St Regis,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd