• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBB Tampil 10 Muka Baharu Pada PRN Sarawak

oleh Ahmad Albab
07/12/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan bertanding 40 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 akan datang.

Selain itu, PBB, selaku parti tulang belakang kerajaan Barisan Nasional (BN) di Sarawak, mengesahkan akan menampilkan 10 muka baharu termasuk lima bagi 11 kerusi baharu DUN.

Presiden PBB, Tan Sri Adenan Satem berkata calon muka baharu itu adalah bagi menggantikan penyandang kerusi DUN yang telah menyatakan hasrat untuk bersara.

Mengenai 11 kerusi DUN baharu, katanya walaupun PBB boleh mendapat lebih lima kerusi tersebut berdasarkan bilangan besar anggota parti serta sokongan namun telah memutuskan untuk mengagihkan kerusi tambahan itu kepada parti komponen BN yang lain.

Adenan, yang juga Ketua Menteri merangkap Pengerusi BN Sarawak, berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi PBB, di sini hari ini.

Buat masa sekarang, empat parti komponen BN Sarawak ialah PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Dalam PRN lepas pada April 2011, PBB diagihkan 35 kerusi, SUPP (19), PRS (9) dan SPDP (8).

Susulan persempadanan semula bahagian pilihan raya persekutuan dan negeri bagi Sarawak, menyaksikan jumlah 82 kerusi DUN berbanding 71 sebelum ini.

Bahagian pilihan raya yang baharu itu adalah N13 Batu Kitang, N17 Stakan, N18 Serembu, N23 Bukit Semuja, N26 Gedong, N40 Kabong, N57 Tellian, N63 Bukit Goram, N66 Murum, N70 Samalaju dan N78 Mulu.

Adenan membayangkan PRN sudah semakin hampir apabila dengan jelas menyebut persidangan DUN mulai esok merupakan sidang terakhir sebelum pilihan raya negeri itu.

Apabila ditanya mengenai spekulasi bahawa PRN mungkin diadakan pada Mac depan, katanya: “Anda boleh memilih untuk mempercayai khabar angin ini atau sebaliknya.”

Menurutnya penggal bagi DUN Sarawak akan berakhir secara automatik pada 20 Jun tahun depan dan pilihan raya negeri perlu diadakan sebelum tarikh itu.

Mengenai krisis parti serpihan dan mesra BN, iaitu SUPP dan Parti Rakyat Bersatu (UPP) serta SPDP dengan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras), Adenan berkata isu tersebut akan akhirnya diselesaikan sebelum hari pencalonan.

Beliau turut menyatakan mesyuarat Majlis Tertinggi PBB itu membincangkan persediaan bagi menghadapi PRN akan datang serta melakarkan carta tugasan untuk beberapa pemimpin kanan parti.

“Kami menubuhkan 12 jawatankuasa bagi mengurus kempen pilihan raya untuk PBB dan ia diketuai oleh Tan Sri Alfred Jabu, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan beberapa anggota kanan parti,” katanya.

Adenan juga berkata mesyuarat pramajlis BN yang dipengerusikannya pagi ini turut membincangkan usul-usul yang cuba diperkenalkan oleh pembangkang pada persidangan DUN kali ini.

“Kami mempunyai beberapa kejutan untuk pembangkang yang mereka tidak mungkin menjangka. Persidangan kali ini akan hanya membahaskan rang undang-undang perbekalan 2016,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]WMiTCN8l_Zs[/wpdevart_youtube]

Tags: Adenan Satem
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kilang Mi Jenama ‘Melayu’ Disita, Halal Pun Diragui

Next Post

Pasangan Saman RM10 Juta, Anak Maut Sebab Hospital Cuai

Related Posts

Namakan Lapangan Terbang Kuching Sempena Adenan

05/04/2017
0

KUCHING - Seorang bekas menteri Sarawak, Tan Sri Leonard Linggi Jugah hari ini mencadangkan supaya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di...

Watson Nyambek Bantu Calon BN PRK Tanjong Datu

12/02/2017
0

KUCHING - Sokongan padu rakyat dan cetusan semangat terus diberikan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Next Post

Pasangan Saman RM10 Juta, Anak Maut Sebab Hospital Cuai

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd