• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vape: Peniaga Di Johor Akur, Habiskan Bekalan

oleh Ahmad Albab
06/12/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Peniaga rokok elektronik atau vape di negeri ini akur dengan keputusan pengharaman jualan aksesori dan cecair rokok elektronik di seluruh Johor, berkuat kuasa 1 Januari yang diumumkan kerajaan negeri, kelmarin.

Tempoh kira- kira sebulan sebelum kuat kuasa pelaksanaan pengharaman vape di negeri ini, digunakan peniaga bagi membuat perancangan jangka masa pendek memastikan perniagaan mereka tidak rugi.

Seorang peniaga vape di Johor Bahru, Mohd. Izwan Saidan, 30, tidak lagi mengambil stok baharu selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah pengharaman penggunaan rokok elektronik tersebut di negeri ini.

Menurutnya, perancangannya lebih tertumpu untuk menghabiskan stok akhir bulan ini, sebelum menghentikan operasi sepenuhnya menjelang Januari tahun depan.

Katanya, meskipun terkejut dengan titah berkenaan, sebagai rakyat dia terpaksa akur kerana tidak mahu menanggung risiko.

“Pening kepala jugalah dibuatnya, tapi kalau memang dah diputuskan haram di negeri ini, kita dah tak berani lagi lah nak teruskan.

“Lagipun stok baharu kita dah tak ambil dan sedang dalam proses akhir menghabiskan stok lama dalam bulan terakhir ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Izwan berkata, ramai pelanggan mengeluh dan mendakwa mereka yang merupakan perokok tegar tidak lagi menghisap rokok selepas menggunakan vape.

Bagaimanapun menurutnya, setiap titah tuanku pasti ada sebab terbaik demi rakyat.

“Nak buka kedai vape di negeri lain memang tak ada dalam perancangan sebab saya anak Johor akan tetap mencari rezeki di negeri saya.

“Cuma usaha saya akan lebih tertumpu kepada cabang perniagaan lain asalkan saya tidak menderhaka kepada titah sultan saya,” katanya.

Henti ambil stok sejak diumumkan

Bagi peniaga vape di Kota Tinggi yang mahu dikenali sebagai Shamsul, 32, berkata, walaupun rokok elektronik tersebut hanyalah produk sampingan yang dijual di butiknya, namun modal dikeluarkan mencecah ribuan ringgit.

Malah katanya, ada rakan- rakannya terpaksa membuat pinjaman bank semata-mata untuk membuka perniagaan vape.

“Rugi memang rugi tapi kami tak boleh buat apa jika sultan dah bertitah untuk haramkan vape.

“Bagi saya tidak ada masalah untuk ikut arahan itu kerana vape bukanlah produk utama yang dijual di butik ini. Rasanya tak berapa terkesan sebab kami mula jual (vape) pada Jun lalu.

“Ada perokok tegar datang ke butik kami minta pendapat untuk atasi masalah ketagih rokok.

Apa yang kami lakukan adalah sarankan beberapa perisa yang membolehkan mereka lupa kepada rokok dan kebanyakannya berhasil.

“Saya juga antara salah seorang perokok sebelum ini, namun selepas hisap vape, saya mula lupa pada rokok,” katanya.

Tambah Shamsul, dia sudah menghentikan pengambilan stok vape sejak minggu ini.

“Memang jualan vape di negeri ini sangat rancak, lebih-lebih lagi harga rokok semakin naik. Tetapi saya perlu akur dengan titah berkenaan.

“Namun sejak sultan bertitah, saya dah tak ambil stok lagi. Yang tinggal di butik hanyalah baki stok sebelum ini,” katanya lagi. – Sinar Harian Online

Tags: Johorvape
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sukar Dapatkan Nama Sesuai: Kim Kardashian Tertekan

Next Post

Gimik GV2: Nabil Rasa Bersalah Pada Salleh Yaakob, Raja Azura

Related Posts

Johor Kini Kuasa Ekonomi Baharu Negara – Tunku Mahkota Ismail

Johor Kini Kuasa Ekonomi Baharu Negara – Tunku Mahkota Ismail

16/05/2025
0

ISKANDAR PUTERI - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian Johor yang kini muncul sebagai kuasa...

Johor Beri Insentif TNG EWallet RM20 Galak Transaksi Tanpa Tunai Di Bazar Ramadan

Johor Beri Insentif TNG EWallet RM20 Galak Transaksi Tanpa Tunai Di Bazar Ramadan

06/03/2025
1

JOHOR BAHRU: Seramai 48,000 Bangsa Johor berpeluang menerima insentif eWallet Touch 'n Go bernilai RM20 dalam usaha menggalakkan transaksi tanpa...

Next Post

Gimik GV2: Nabil Rasa Bersalah Pada Salleh Yaakob, Raja Azura

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd