• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gimik GV2: Nabil Rasa Bersalah Pada Salleh Yaakob, Raja Azura

oleh AK-47
04/12/2015
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DEK gimik penukaran pengacara program realiti Gegar Vaganza (GV2), pengacara Salleh Yaakob dan Raja Azura tiba-tiba menjadi mangsa kritikan pengguna laman sosial.

Hal itu sedikit sebanyak membuatkan pengacara yang mengendalikan program itu, Nabil Ahmad berasa amat bersalah.

Bercakap kepada mStar Online, Nabil berkata, tidak sepatutnya penonton mengambil serius gimik tersebut hingga ada yang sanggup melontarkan kata-kata tidak manis kepada dua pengacara veteran itu.

“Saya rasa bersalah pula kerana itu adalah gimik semata-mata. Kita tidak ada niat pun untuk tukar pengacara tetapi produksi cuma ingin tahu bagaimana reaksi penonton sahaja kerana sebelum itu saya dan Jihan sering dikecam.

“Penonton pula terlalu ambil serius tentang perkara itu sehingga ada yang tulis macam-macam dan bandingkan kami dengan Salleh Yaakob dan Raja Azura kerana mahukan saya dan Jihan terus jadi pengacara dalam Gegar Vaganza 2,“ ujarnya.

Dalam pada itu, Nabil turut menjelaskan tentang gaya pengacaraannya yang dikatakan tidak sensitif dan berlawak kasar.

Katanya, dia pernah diminta untuk tidak keterlaluan pada minggu ketiga selepas menerima pelbagai kritikan, namun program tersebut menjadi hambar hinggakan dia menerima maklum balas untuk kembali menjadi diri sebenar.

Gegar Vaganza musim kedua kini memasuki minggu ke 7 dan bersiaran setiap Ahad secara langsung dari Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Sumber: mStar Online

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=RkpLj3Edvxg]

Tags: Nabil
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Vape: Peniaga Di Johor Akur, Habiskan Bekalan

Next Post

Perlis Rayu Zon Aliran Bebas Di Wang Kelian Diwujudkan Semula

Related Posts

Peluang Terbaik! Nabil Mahu Bawa Peminat Ke Makkah

09/03/2018
0

PELAWAK dan pengacara popular, Nabil Ahmad, 35, merancang untuk membawa peminatnya menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah pada Ramadan tahun...

Perubahan Drastik, Datuk Ramli MS Pula Tegur Nabil?

28/11/2017
0

SEJAK kebelakangan ini, pengacara dan pelawak Nabil Ahmad sering pula ditegur oleh beberapa pihak kerana jenaka yang diutarakan oleh pengacara...

Next Post

Perlis Rayu Zon Aliran Bebas Di Wang Kelian Diwujudkan Semula

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd