• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kisah Kebaikan Hati Arwah Yus Jambu Dan Makcik Tisu..

oleh AK-47
03/12/2015
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SALAH satu perkara pahit berkaitan kematian yang harus ditelan adalah kebaikan sesetengah manusia cuma disedari setelah pemergian buat selama-lamanya.

Bagaimanapun dari satu sudut lain, ianya bermakna individu yang telah tiada itu seorang yang baik hingga setelah pemergiannya ramai yang terkesan kerana pernah melalui pengalaman positif bersama.

Begitulah jua kenangan ditinggalkan pelawak Yus Jambu atau Jaafar Edoo, 39, yang ‘pergi’ secara tiba-tiba awal pagi Isnin lalu.

Rita Dedah Yus Jambu Sering Beri Semangat Tatkala Kesedihan

Selain rakan-rakan artis, kisah kebaikan Allahyarham turut dikongsikan salah seorang pembaca Mynewshub menerusi komen yang ditinggalkan di Facebook kami untuk perkongsian artikel berkenaan hajat Allahyarham yang bercadang untuk berkahwin tetapi tidak kesampaian.

“Jaga Kesihatan” Pesan Terakhir Yus Jambu Kepada Misha

Pengguna Facebook Sophie Mark Buckley menulis, dia teringat satu cerita membabitkan Allahyarham dua tahun lalu di mana seorang makcik penjual tisu di kaki lima yang tidak dipedulikan sesiapa pun, dilayan oleh arwah Yus dengan ramah dan mesra.

“Beliau pergi terlalu cepat… Tapi sudah takdir Allah, memang takkan ada pertikaian. Semoga roh beliau di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Saya tau beliau memang orang yang sangat baik,” tulisnya di akhir perkongsian.

Di bawah, petikan skrin komen yang dikongsikan tersebut. Semoga ianya memberikan kesan yang baik kepada hati kita semua untuk melayan sesama manusia dengan baik seperti Allahyarham ketika hayatnya.

ARWAHYUS

“Bercakap tentang kebaikan Pak Yus… Sy teringat cerita 2 tahun sudah semasa sy terserempak dgn beliau di area Raja Chulan bertentangan dgn Hotel Istana. Waktu tu sy ada urusan dgn Public Bank di Wisma Lim Foo Yong bersebelahan dgn hotel Lodgez Paradize. Sewaktu sy berjalan di pedestrian walk menuju ke bank, sy nampak seorang nenek menjual tisu duduk kat bawah pokok. Masa tu semua orang lalu lalang buat tak tau je keadaan nenek tu. maklumlah, terlalu ramai golongan peminta sedekah/jual tisu kat KL ni jadi orang tak kuasa nak layan. Selesai je berurusan, sy pergi semula melintas di jalan yg sama. Saya lihat ada seorg lelaki sedang melayan nenek tu dgn ramah, sgt ramah, berbual mcm dah kenal lama. Tetapi lelaki tu membelakangi laluan sy so sy jadi curious siapalah agaknya lelaki yg agak budiman tersebut. Bila sy mencuri lihat, rupanya Pak Yus! Sy terus memanggil nama Pak Yus dan beliau menoleh sambil melambai tersenyum. Sy terus tanya buat apa kat sini, beliau cakap tgh tunggu kawan. Tu yg berbual dgn nenek tu. sy sempat berbual dgn beliau dan mengucapkan tahniah atas kemenangan beliau di MaharajaLawak. Apa yg sy amati, beliau sgt merendah diri dan melayan semua org dgn baik wlupun dgn diri sy sendiri sbg seorang peminat yg baru pertama kali berjumpa beliau face to face. Mmg tak kekok lgsg nak berbual dgn beliau. Bila dapat tahu yg beliau meninggal akibat serangan jantung, mmg sy agak shocked jgk lh. Beliau pergi terlalu cepat… Tp sudah takdir Allah, mmg takkan ada pertikaian. Semoga roh beliau di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman. Sy tau beliau mmg orang yg sgt baik.”

Al-fatihah buat Allahyarham Yusry Edoo.. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Al-fatihahYus Jambu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kelebihan Surah Al-Fatihah

26/09/2021
0

“SETIAP hari kita baca surah Al-Fatihah, maknanya pun kita dah hafal. Apa kelebihan surah Al-Fatihah ni ya?” Setiap umat Islam...

Solat Isyak Di Masjid Bandar Puncak Alam Tak Sah

31/05/2019
0

SHAH ALAM - Jemaah yang menunaikan solat Isyak di Masjid Bandar Puncak Alam di sini pada Isnin lalu perlu menggantikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd